berita

Penghantar Makanan Maut Dilanggar Lori

February 10th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Seorang penghantar makanan yang ingin memenuhi tempahan pelanggannya, maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah lori yang memandu laju di dalam keadaaan trafik yang sesak itu.

Artikel berkaitan: Wanita Sara Keluarga Jadi Penghantar Makanan Dirempuh Lori, Kaki Kiri Hancur

Artikel berkaitan: Panasnya Muka Ya Allah’ – Pekerja Penghantar Barang Cedera Diserang Anjing Tuan Rumah

Lori dipandu laju dan hilang kawalan

Foto: Iesya Toh

Keadaan trafik di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) kelihatan sesak dengan kenderaan. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, beliau berkata lori berkenaan didapati memandu laju, sebelum hilang kawalan lalu menyebabkan kemalangan berlaku. Kemalangan tersebut turut melibatkan lima kenderaan lain serta membabitkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.

Lori itu terbabas selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong dan merempuh sebuah van, diikuti motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia. Lori berkenaan yang masih tidak dapat dikawal kemudian melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan berhenti di situ. Pada masa sama, insiden itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.

Dalam kemalangan pada jam 1.40 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Haffiz yang berusia 35 tahun parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang.

Superintendan Azman Shari’at berkata bahawa pemandu lori tersebut yang masih dalam tahanan akan menjalani ujian saringan air kencing dan alkohol. Semakan juga mendapati bahawa pemandu lori itu tidak mempunyai rekod kesalahan. Katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×