berita

Wanita Sara Keluarga Jadi Penghantar Makanan Dirempuh Lori, Kaki Kiri Hancur

February 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Astro Awani

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan keperitan yang terpaksa ditanggung oleh seorang ibu yang terlibat dalam satu kemalangan ketika sedang mencari rezeki buat keluarganya. Wanita yang berusia 40 tahun ketika itu, baru sahaja menghantar makanan kepada pelanggannya.

Kemalangan tersebut berlaku Rabu yang lalu di Sandakan, Sabah.

Kaki hancur dirempuh lori

Lapor Astro Awani, susulan daripada kemalangan itu, kaki kiri mangsa hancur selepas dirempuh dari belakang sebuah lori kira-kira jam 10.30 pagi. Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, menerusi siasatan awal, pihaknya mendapati motosikal yang ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar.

Akibat rempuhan, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.Pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×