Setiap kali tibanya musim ramadan, TV3 sudah pasti akan menyajikan pelbagai drama menarik buat tontonan para penonton. Kalau korang ingat, tahun lalu karya produksi Radious One berjaya mendapat tempat di hati penonton menerusi drama popular ‘Nur’. Tahun ini pula, Radious One menghasilkan satu lagi drama terbaik untuk bulan ramadan yang bertajuk ‘Khilaf Asmara’.
Barisan pelakon utama yang hebat
Kalau korang nak tahu, drama ‘Khilaf Asmara’ ini dibintangi oleh pelakon popular seperti Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Fasha Sandha dan Nelydia Senrose. Nama-nama hebat ini sememangnya akan menjanjikan kualiti lakonan yang hebat dan akan memberi kesan buat para penonton yang menonton drama tersebut.
Selain barisan pelakon yang hebat, drama ini juga menunjukkan sisi berlainan Fattah Amin dan Fasha Sandha. Dalam drama Khilaf Asmara ini, Fattah Amin dan Fasha Sandha menyahut cabaran membawakan watak lelaki dan wanita curang. Berbeza dengan watak-watak yang pernah mereka bawa sebelum ini.
Menerusi drama ‘Khilaf Asmara’ ini juga, penonton dapat melihat pengkhiatan on another level. Konflik khianat tersebut di antara dua saudara. Siapa sangka orang yang kita percaya rupanya menjadi dalang kehancuran rumah tangga kita.
Sinopsis
Aizad dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizad ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya, Irma, seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman. Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. Mereka berdua mula mengadakan hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?
Buat pengetahuan korang, drama ‘Khilaf Asmara’ ini akan bermula 18 April ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Samarinda TV3.