berita

Pengorbanan Setia Isteri, Sanggup Dermakan Buah Pinggang Asalkan Suami Kembali Sihat Seperti Dulu

March 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Ungkapan lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki sering digunakan oleh setiap pasangan yang sedang bercinta bagi menunjukkan tahap ‘kesanggupan’ mereka dalam berkorban buat insan yang mereka sayang.

Namun, di sebalik ungkapan tersebut, tidak ramai yang sanggup berkorban buat pasangan mereka lagi-lagi terpaksa mengorbankan organ dalaman mereka sendiri bagi memastikan insan yang mereka sayang kembali sihat seperti sedia kala. Pengorbanan yang dibuat ini secara tidak langsung, akan memberi kesan terhadap kesihatan mereka pada masa yang akan datang.

Pengorbanan seorang isteri

Foto: Tangkap layar video

Seperti video yang trending di laman TikTok dikongsi oleh Yunitarusdan, menceritakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh seorang wanita yang sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada suaminya sendiri. Difahamkan, wanita tersebut merupakan ibu saudaranya yang sanggup berkorban sedemikian rupa bagi memastikan suaminya sihat seperti sedia kala.

Berapa tahap cinta korang? Kalau makcikku tahap cinta dia sudah sampai berani mendermakan sebelah ginjalnya untuk suami.

Bahkan, wanita itu setia menanti di sebelah katil suaminya sendiri dan menunggu suaminya kembali sedar. Menerusi video yang berdurasi 20 saat itu, memaparkan pasangan ini berada di hospital menanti giliran untuk melakukan pembedahan dan apa yang lebih meruntun hati, apabila mereka sempat berpelukan antara satu sama lain.

Video tersebut telah ditonton lebih 2.3 juta tontonan dan meraih ratusan komen. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat pengorbanan si isteri yang sanggup berkorban buat suaminya. Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan supaya si suami kembali sihat seperti sedia kala.

Kisah sebak suami isteri

@yunitarusdanSegimana level bucin kalian? Kalo tanteku level bucin nya sudah sampai berani mendonorkan 1 ginjalnya untuk suaminya?? ##fyp ##BebaskanlangkahBerani? Hadiah Tuhan – Nagita Slavina

Respon netizen

Sumber: Yunitarusdan

SKIP THIS AD ×