berita

Pengorbanan Terakhir Suami, Diseret Kereta Sebab Nak Selamatkan Isteri Hamil 8 Bulan

June 17th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Perkongsian seorang ibu kepada tiga cahaya mata dikenali sebagai Najwa Karim di laman TikTok, berjaya membuatkan rata-rata netizen berasa sedih dan simpati dengan nasib yang menimpanya. Walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, dia tetap ‘cekal’ menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu dan bapa kepada anak-anaknya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Kahwin 3 Bulan, Pengantin Meninggal Dunia Akibat Kemalangan, Rancang Majlis Ahad Ini

Artikel Berkaitan: ‘Syahid & Syurga Buatmu Sayang’ – Suami Reda Isteri Meninggal Dunia Saat Melahirkan Anak

Artikel Berkaitan: ‘Jumpa Nanti Di Syurga Sayang…’

Pengorbanan seorang suami

Foto: Tangkap layar video

Kisahnya bermula, apabila wanita ini yang sedang mengandung lapan bulan terlibat dalam sebuah kemalangan ketika menaiki motosikal bersama arwah suaminya. Ujar ibu muda ini lagi, arwah suaminya diseret kereta berikutan cuba untuk selamatkan dirinya (wanita) dan anak yang dikandungnya. Susulan kemalangan tersebut, suaminya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wanita ini melahirkan anak ketiganya secara czer tanpa kehadiran suami di sisi.

Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. InsyaAllah  di syurga dia menanti.

Yusuff dalam kandungan 8 bulan, mama dengan ayah terlibat dalam kemalangan. Mama terselamat kerana ayah, tapi sebab ayah selamatkan kita ayah diseret kereta.

Walaupun badannya masih belum kuat selepas menjalani tempoh berpantang, wanita ‘cekal’ tetap menunaikan janji untuk menjaga arwah suaminya walapun dia (suami) ketika itu hanya terlantar di atas katil. Bagaimanapun, atas persuratan takdir wanita ini perlu reda dan akur suaminya meninggal dunia dan pergi menghadap Ilahi.

Lepas mama habis pantang, mama terus jaga ayah. Mama tunaikan hasrat ayah nak jadi suami mama sampai dia tutup mata. Walaupun ayah mampu buka mata, tapi ayah tak mampu bangun. Menguruskan ayah adalah satu rezeki bagi mama.  Sehingga satu saat Allah lebih sayangkan ayah.

Kini, Yusuff dan besar. Satu hari Yusuff akan tahu cerita di sebalik pengorbanan ayah untuk Yusuff. Kerana ayah, mama masih hidup dan kuat untuk terus hidup demi anak-anak ayah.

Bercerita lebih lanjut, sebelum kejadian arwah suaminya sempat memberikan ‘petanda-petanda’ terakhir seolah-olah tahu akan terlibat dalam kemalangan.

Abiy taknak makan, tapi saya paksa abiy makan bersama. Kita makan berdua dan kongsi air dalam cawan yang sama. Sampai di bukit abiy pesan jangan turun kaki awak walapun apa yang terjadi. Tiba-tiba satu van sekolah dari arah bertentangan meluru laju dan bergesal dengan side mirror abiy.

 Video penuh:

@najwakarim96Semua orang akan ada kisah hitam yg menyelubungi hidup kita. Jodoh kami tak menyebelahi di dunia. In shaa Allah di syurga dia menanti. #mamamuda #fyp? Allah Allah Aghisna – Nazwa Maulidia

@najwakarim96Semoga Allah menyediakan singgahsana yg indah buat abiy. Al fatihah.? Kamu dan Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

Sumber: Najwa Karim

SKIP THIS AD ×