berita

Penguasaan Penggunaan Bahasa Melayu Harus Dimulakan Dengan Urusan Rasmi

November 14th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Kredit Foto: Bernama

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob yang juga merupakan aktivitis bahasa, menyeru supaya segala urusan rasmi sama ada didalam atau di luar negara menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ini membolehkan martabat Bahasa Melayu diangkat walau dimanapun kita berada.

Seruan ini dilihat positif dan turut disokong oleh beberapa ahli bahasa yang lain.

Prof Datuk Seri Dr. Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bersependapat dan merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk  kita kembali kepada asal yang memartabatkan bahasa ibunda selaras hasrat Kerajaan memperkenalkan Keluarga Malavsia.

Malahan, Prof. Dr. Sarjit Singh Darshan Singh juga mengatakan bahawa Bahasa Melavu perlu diangkat sebagai bahasa ilmu di universiti di negara sendiri, seperti YAB Perdana Menteri berjuang untuk mengangkatnya di persada antarabangsa.

 

Jangan malu untuk menggunakan bahasa kita

Memetik laporan Harian Metro, Prof Datuk Dr Baharudin Puteh dari Fakulti Bahasa dan Pendidikan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) berkata tidak akan jatuh martabat kita apabila menggunakan bahasa melayu malah akan lebih dipandang tinggi oleh warga asing kerana mengamalkan budaya penggunaan bahasa yang unik dan menarik.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga sering menambahbaik penggunaan ayat supaya Bahasa Melayu sentiasa relevan dan berkembang mengikut arus perdana.

Tambah Prof Datuk Dr Baharudin lagi, Bahasa Melayu terbukti sebagai bahasa yang mudah untuk difahami apabila rata-rata pekerja Bangladesh,Vietnam, India dan Nepal hanya perlu kira-kira tiga bulan untuk bertutur dan juga faham Bahasa Melayu dengan baik.

Menurut laporan Berita Harian, penekanan penggunaan bahasa Melayu di sektor awam sudah dilaksana sejak 1987 menerusi Surat Pekeliling Am Bil 8 tahun 1987 – Gerakan Cintailah Bahasa Kita di Sektor Awam pada Peringkat Pusat dan Negeri bertarikh 9 Disember 1987.

Ia kemudian dikukuhkan lagi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020 – Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam, bertarikh 15 Januari 2020, sekali gus membatalkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 2011 – Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Bahasa Melayu ni sebenarnya merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di serantau negara.

Dari dulu lagi, Bahasa Melayu atau dikenali sebagai Lingua Franca memiliki peranan penting dalam memperlancar komunikasi antara pedagang di Selat Melaka. Linguafranca merupakan istilah linguistik yang membawa maksud “bahasa penghantar” atau “bahasa pergaulan” di sesuatu tempat ¹

Kini,  universiti-universiti di luar negara seperti di Jepun, Korea, Jerman, New Zealand, China juga telah mula mengadakan pengajian bahasa melayu.

Ini membuktikan bahawa bahasa ini telah pun mula diterima dan berpotensi untuk digunakan dengan lebih meluas setanding dengan bahasa-bahasa yang  lain.

Bukan itu sahaja, Bahasa melayu juga sudah berkumandang di Bangkok, Jakarta, Washington, Ankara dan Tokyo ketika lawatan rasmi Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob ke negara-negara tersebut!

 

 

Rujukan:

1- Ening Herniti, Sriharini, dan Navilah Abdullah, Bahasa Indonesia (Yogyakarta: Pokja Akademik UIN Sunan Kalijaga, 2005), hlm. `

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×