Viral di media sosial apabila rumah pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), semalam.
Serbuan tersebut dilakukan susulan isteri kepada pelakon, Zain Saidin itu didakwa gagal membayar pinjaman daripada MARA yang berjumlah hampir RM1 juta.
Artikel Berkaitan: Rumah Che Ta Diserbu MARA, Didakwa Tak Bayar Hutang Hampir RM1 Juta
Akan beri kenyataan rasmi
Berikutan daripada isu tersebut, pengurus Che Ta iaitu Afeeq Abd Wahab, berharap netizen dapat memberikan sedikit ruang dan masa buat pihaknya untuk memberikan maklum balas.
Assalamualaikum, tolong berikan masa. Saya akan kembali dengan kenyataan rasmi, tidak lama lagi. Terima kasih.
Menerusi Instagram Story, Afeeq turut memuat naik kata-kata positif susulan isu yang terjadi.
Setiap satu benda yang berlaku ada hikmahnya. Setiap satu aib yang orang buka akan pasti pahala ganjarannya.
Terdahulu, pihak MARA bersama peguam dan wakil mahkamah melakukan serbuan ke kediaman Che Ta, selepas pelakon itu dikatakan gagal melunaskan pinjaman yang dibuat pada 2017.
Sumber: Afeeq