Penyanyi terkenal Siti Sarah, 37, memilih untuk mengisi hayat hidupnya dengan berkongsi rezeki kepada orang yang dalam kesusahan.
Artikel Berkaitan: Siti Sarah Meninggal Dunia
Artikel Berkaitan: Shuib Terharu Dapat Tahu Solat Jenazah Ghaib Khas Untuk Arwah Siti Sarah Di Mekah
Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Abang Siti Sarah Rendah, Shuib Mohon Doa – ‘Saya Dah Jadi Fobia’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Rasa Dunia Ni Macam Sangat Sepi’ – Raissuddin Hilang Kata Bila Diberitahu Siti Sarah Meninggal Dunia
Pindah wang dari akaun peribadi
Pengurus Siti Sarah: Nana (kiri) dan Wati
Menurut pengurusnya, Nana Mohamad Rom memberitahu arwah Siti Sarah sempat memindahkan sejumlah wang kepada ibu tirinya untuk disedekahkan kepada pihak yang memerlukan sebelum bergerak ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz UKM (HCTM).
Katanya lagi, dia juga ada meminta pembantunya untuk mengagihkan produk tudung miliknya kepada jururawat yang bertugas di hospital tersebut.
Dia paling suka menderma, selalu menderma sana sini… kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia akan bantu. Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita.
Yang terbaharu, sebelum dia memasuki ambulans untuk ke hospital, dia pindahkan wang kepada ibu tirinya untuk disedekahkan.
Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya untuk ambil semua produk tudung untuk disumbangkan kepada jururawat di hospital itu.
Tak ada sebarang penyakit
Ketika ditanya sama ada Siti Sarah menghidap penyakit serius, Nana menyatakan pelantun lagu Kesetiaan itu seorang yang menjaga pemakanan.
Malah katanya, sepanjang tempoh kuarantin di rumah, Siti Sarah berada dalam keadaan sihat namun pada hari kelapan arwah mula mengalami batuk.
Dia tak ada sebarang penyakit.. dia sangat menjaga pemakanan, semasa kuarantin dia selalu dapatkan rujukan doktor peribadi.
Sepanjang tempoh kuarantin di rumah, memang saya telefon setiap hari. Dia kata keadaan dia okey sahaja dan minta saya jangan risau.
Tapi pada hari kelapan, dia beritahu kena pergi hospital sebab oksigen drop, ketika itu dia mula ada simptom batuk-batuk. Dia fikir itu gejala biasa sebab tinggal dua hari lagi untuk potong gelang.
Terdahulu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin.
Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat.
Pada hari sama, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus kelmarin namun pada Ahad malam Shuib memberitahu keadaan Siti Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus.
Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber: Instagram @sitisarahraissuddin