Sejak kebelakangan ini ramai individu yang bukan beragama Islam terutama golongan pempengaruh dilihat bersama-sama memeriahkan bulan Ramadan dengan melaksankan ibadah berpuasa.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Dedah Terima Tempahan Dewan Kahwin Daripada Pasangan Gay – ‘Kami Tolak, Itu Prinsip’

Usaha yang baik

Menerusi hantaran di Threads, pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar memuji kesungguhan mereka yang cuba berpuasa, selain merasai sendiri nikmat kesabaran dan keberkatan dalam bulan Ramadan ini.

Kagum dengan usaha rakan non-Muslim cuba merasai erti puasa dan kelebihannya. 

Dalam pada itu, Ustaz Wadi turut menegaskan bahawa kesungguhan rakan bukan Islam tersebut sepatutnya menjadi tamparan hebat agar umat Islam tidak terus leka mencari alasan untuk culas menunaikan ibadah puasa

Malulah kita yang Muslim jika masih mencari alasan untuk tidak taat. 

Selain itu, Ustaz Wadi turut memanjatkan doa agar semua umat Islam diberikan petunjuk daripada Allah SWT.

Ya Allah, kurniakanlah hidayahMu buat kami.

Sumber: Threads