Rakyat Malaysia suka pembayaran QR yang mudah, pantas dan selamat kan? Memandangkan tiada sentuhan, kebersihan pun akan lebih terjamin.
Tapi, akan jadi susah juga jika peniaga perlu paparkan pelbagai jenis kod QR dan menjadikan kaunter pembayaran tak teratur dan mengelirukan. Paling tak seronok bila korang kena kemaskini segala jenis laporan yang berbeza. Mesti penat kan?
Jadi, bagi peniaga dekat luar sana, kan bagus kalau ada hanya 1 kod QR je? Jom kami kongsikan pengalaman peniaga-peniaga yang menerima pembayaran secara digital ni!
1. “Mudah & customer tak perlu bawak cash” – Encik Nizam
” Sebelum ni saya guna cash untuk urusan jual beli, tapi bila dah ada DuitNow QR ni saya rasa ia lebih memudahkan customer saya. Mereka tak perlu bawak cash untuk membuat pembayaran. Hanya tekan-tekan menggunakan smartphone, dah siap bayar. Memang sangat easy untuk kedua-dua pihak!”- Encik Nizam, seorang pengusaha makanan western
2. “Lebih cepat & jimat masa” – Asma
Cik Asma merupakan pengusaha Chef Mad Takoyaki. Beliau telah menggunakan sistem pembayaran melalui DuitNow QR ini hampir setahun. Katanya, sistem ini lebih cepat dan menjimatkan masa berbanding dengan pembayaran secara tunai.
” Saya rasa dengan kaedah pembayaran secara digital ni lebih senang walaupun orang tengah ramai tapi pembayaran tu masih pantas. Kalau sebelum ni saya guna tunai, ia agak lambat sedikit. Peniaga juga perlu menyediakan duit kecil, begitu juga pelanggan yang perlu menunggu baki untuk dikembalikan. Bagi saya proses tersebut akan memakan masa.”
3. “Sistem cashless banyak bantu, lagi-lagi bila musim Covid ni”- Mr Tan
Mr.Tan pula merupakan seorang pengusaha gerai makan Japanese BBQ akui bahawa sistem cashless ni banyak membantu beliau. Tambahan lagi bila negara menghadapi wabak Covid-19 sejak tahun lalu, jadi ini adalah salah satu cara untuk elak dari dijangkiti.
“Bagi saya kalau guna tunai, akan ada sentuhan antara pembeli dan peniaga. Jadi saya cuba untuk elak demi keselamatan saya sendiri dan juga mengikut SOP yang betul lah.”
Selain itu, nasihat beliau kepada semua peniaga agar mereka juga menggunakan DuitNow QR. Ini kerana ia amat mudah disebabkan peniaga hanya perlu memaparkan satu kod QR saja untuk menerima pembayaran dari mana-mana bank dan e-wallet yang mengambil bahagian.
Ha…jadi takdelah kaunter pembayaran tu nampak serabut dengan segala jenis QR yang lain kan. Satu DuitNow QR pun dah cukup, pelanggan pun happy! Dalam masa yang sama, peniaga pun boleh belajar untuk menyesuaikan diri dengan teknologi masa kini dan hadapan.
Korang pun kena guna DuitNow QR ni, urusan pembayaran jadi lebih mudah tau!
Untuk pengetahuan korang, PayNet kini menyediakan satu inisiatif pembayaran tanpa tunai iaitu DuitNow QR dimana ia membolehkan korang membuat Interoperable Credit Transfer Framework (ICTF) iaitu pembayaran antara bank ke bank atau e-dompet yang terlibat.
Lagipun, DuitNow QR ini adalah Malaysia National QR yang korang boleh gunakan di dalam negara. Caranya mudah je, korang ikut langkah dibawah ni:
- Peniaga hanya memerlukan satu kod QR untuk dipaparkan bagi menerima pembayaran dari pelanggan.
- Pelanggan boleh menggunakan mana-mana aplikasi bank atau e-wallet untuk membuat pembayaran.
Macam mana nak dapatkan QR? Senang je guys!
Ada ke peniaga yang belum tahu macam mana nak dapatkan DuitNow QR ni? Ha…jangan risau, senang je tau! Korang boleh check it out dekat SINI.
Bagi pelanggan pula, kalau korang nampak DuitNow QR kod yang berwarna pink tu di kaunter semasa nak buat pembayaran, korang boleh scan je guna telefon pintar korang. Dengan hanya 1 kod QR saja korang boleh membuat pembayaran dari mana-mana bank atau aplikasi mudah alih e-wallet yang mengambil bahagian.
Ini antara bank dan sistem e-wallet yang telah menawarkan DuitNow QR bagi memudahkan korang membuat pembayaran contohnya macam MAE, Touch ‘n Go, CIMB, ShopeePAY, Boost dan sebagainya:
Jadi, kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai DuitNow QR ni, bolehlah layari laman web DuitNow atau melalui Facebook dan Instagram mereka.