Mungkin korang pernah jumpa dengan peniaga yang agak ‘berkira’ dengan customer. Menerusi pengalaman sensdiri, kami pernah diminta bayar air kosong pun kena caj sampai RM1.00.
Namun, tidak bagi lelaki ini yang dengan senang hati memberi minuman teh ais dan anggur secara percuma. Malah, untuk semua murid-murid dan pelajar politeknik berdekatan, semua minuman is ‘FOC’.
Lokasi : Genting, Balik Pulau
Lebih 50 masakan Melayu yang umphh!
Din Bimbo menerusi laman Facebooknya menulis:
Gerai ini membuktikan “The Power of Sedekah”. Minuman teh ice & anggur adalah percuma. Malah untuk murid2 sekolah & politeknik berhampiran, apa jua minuman adalah PERCUMA.
Menurut tuan punya kedai Encik Ibrahim, sejak minuman percuma diperkenalkan lebih 2 bulan lalu beliau mendapat pulangan keuntungan dan rezeki berlipat kali ganda sehingga beliau berupaya renovate sikit gerainya ini dan pelanggan bertambah !
Ada hampir 50 jenis lauk masakan Melayu Balik Pulau. Harga murah & makanan sedap ikut selera. Air minuman terasa sedap & PERCUMA.