Hari demi hari, ada sahaja makanan unik yang dicipta oleh usahawan di luar sana. Mungkin itu salah satu inisiatif dilakukan untuk menarik pelanggan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] IshowSpeed Datang Terjah Gerai, Pemilik Dedah Terima Lebih RM360 Untuk Sebiji Burger
Artikel Berkaitan: #OBCallingFoodies: Biar Betul 3 Oyster RM12? Ini Sebab Anda Perlu Datang Ke Seafood Festival 2024
Burger ayam ais krim?
Seperti yang tular di TikTok baru-baru ini, seorang peniaga burger menjual burger ayam yang berintikan ais krim.
Menerusi video tersebut, peniaga berkenaan menyediakan burger ayam rangup dan di atas daging ayam, dia meletakkan dua ‘scoop’ ais krim.
Difahamkan, gerai burger berkenaan terletak di Kuala Lumpur dan sudah lama beroperasi.
Menu tersebut telah menarik perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya agak terkejut dan tidak pernah menyangka dengan gabungan ayam yang dimasak panas bersama ais krim.
Malah, netizen juga menganggap menu berkenaan pelik dan tidak menyelerakan.
Pun begitu, ada juga segelintir wargamaya yang berkata mereka sudah mencuba makanan tersebut dan memberi ulasan mengatakan burger itu sedap.
Sumber: TikTok