Siapa sangka bermodalkan RM40, seorang peniaga karipap mampu meraih jualan sebanyak puluhan ribu sebulan. Lebih puas, peniaga yang dikenali sebagai Jasmin Pannoot, 49 ini berkata dia mampu meraih jualan yang lebih tinggi tatkala musim cuti persekolahan. Wow!
Cuti sekolah boleh cecah lebih banyak
Menurut Jasmin, dia hanya menggendong bakul sambil menyanyikan lagu pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) sebagai strategi awal. Menerusi temu bual bersama pihak OhBulan!, Jasmin berkata dia akan berjalan kira-kira 10 kilometer sejak tujuh tahun lalu di sekitar Dataran Pontian dan Laman Diraja Pontian untuk menjual karipap.
Tambah Jasmin, dia memulakan perniagaan karipap hanya bermodalkan RM40 selepas beberapa bisnes sebelum ini menempuh kegagalan.
Pada awalnya sukar untuk membuang rasa malu sebagai peniaga jalanan, namun demi isteri dan tujuh anak, semuanya dibuang jauh-jauh demi kelangsungan hidup.
Ujarnya lagi, dia melalui pelbagai cabaran termasuk tangannya tidak dapat bergerak seperti biasa akibat terlalu lama menggendong bakul.
Berikutan daripada itu, dia terpaksa membeli troli bagi meneruskan perniagaan.
Bagi memenuhi permintaan, saya telah membuka sebuah kedai di bawah bimbingan Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah yang mampu mengeluarkan kira-kira 2,000 hingga 5,000 epok-epok sehari.
Pada masa yang sama, dia juga telah membuka ‘stall’ di beberapa kedai makanan popular.
Karipap yang saya jual mempunyai pelbagai jenis inti seperti kentang, telur, sardine, ayam, daging, nanas, keju dan mihun dengan harga antara RM1 hingga RM5 bergantung saiz.
Karipap sejuk beku atau frozen dijual dengan harga RM8 sebungkus bergantung pada produk dan inti dengan saiz S, M dan L bagi jualan terus atau secara dalam talian.
Saya juga telah mengadakan perbincangan dengan usahawan Singapura bagi membolehkan Karipap Ale-Ale dipasarkan ke negara tersebut.