Dia baru mula berniaga tu, jom sokong dia!
Bila dengar keluarga atau kawan korang baru mula berniaga, mesti korang akan beli produk yang mereka jual kan? Tu dah semestinya. Support member gitu. Kalau kita sokong, mesti dia lagi bersemangat nak kembangkan perniagaannya nanti.
Alang-alang tu, boleh la korang bagitahu mereka pasal Bukit Bintang City Centre (BBCC). Ini platform terbaik dalam kalangan usahawan tempatan terutama generasi muda untuk mengembangkan perniagaan. Lokasinya terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Lebih-lebih lagi, kat sini ada ruang niaga yang bakal penuh dengan usahawan tempatan pada tahun 2022 nanti!
Malaysia Grand Bazaar, lokasi terbaik untuk peniaga tempatan mulakan langkah
Bayangkan dalam satu bangunan tu penuh dengan peniaga daripada orang kita. Bagus kan? Korang pun mesti seronok nak shopping nanti. Itu la yang istimewanya tentang Malaysia Grand Bazaar (MGB). Bakal jadi daya tarikan baru di Malaysia tau!
Bagi menyokong usahawan tempatan, BBCC nak ajak korang untuk jadi sebahagian daripada komponen MGB. Tawaran ni istimewa untuk usahawan baru yang nak pasarkan produk mereka di bawah satu bumbung. Memang bagus la.
Kalau korang salah seorang peniaga tempatan tu, kami harap korang jangan lepaskan peluang keemasan ni. Nak tahu kenapa?
Peniaga dapat mulakan perniagaan e-dagang eksport dengan MGB Global
Bukan senang nak kenalkan produk ke seluruh dunia, tapi tak mustahil la dengan MGB Global. Apa yang kami paling tabik, MGB Global membantu peniaga tempatan untuk mulakan perniagaan e-dagang eksport. Ini antara tawaran menarik untuk peniaga yang mendaftar sebagai penyewa.
Dengan kerjasama MGB Global, jenama tempatan dapat segera mengeksport produk mereka ke pasaran AS melalui pasaran global seperti Amazon, eBay, etsy dan kedai digital MGB Global. Oleh itu, produk tempatan seperti seni, kraf dan lain-lain dapat dikenalkan di mata dunia.
Lokasi strategik, sewa ruang niaga berpatutan pulak tu
Perniagaan ni bukan setakat kena fikir pasal modal dan keuntungan semata-mata. Kena fikir pasal sewa ruang niaga untuk jangka masa panjang jugak. Strategik ke tak? Murah ke tak? Sebab tu kami rekomen korang mulakan perniagaan di MGB.
Kalau korang nak tahu, kadar sewa ruang niaga di MGB sangat berpatutan. Bukan setakat tu je, MGB ada tawarkan harga kadar istimewa untuk peniaga yang daftar awal jugak. Sokongan pemasaran percuma pun ada. Memang bagus la kembangkan bisnes korang kat sini.
Pada pendapat kami, lokasinya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur agak strategik. Siap ada kemudahan akses yang mudah dan selesa melalui perhubungan keretapi dan hab transit – yang menghubungkan monorel dan LRT Hang Tuah serta MRT stesen Merdeka. Senang la pengunjung dan pelancong nak datang MGB nanti.
Senang cerita, MGB ni merupakan tempat terbaik untuk peniaga tempatan mengembangkan perniagaan mereka. Korang pun jangan lupa sokong orang-orang kita yang berniaga ni tau.
Haa.. Kami ada berita menarik daripada MGB untuk korang yang nak mula berniaga ni. Nak tahu apa dia? Jeng jeng jeng..
Korang berpeluang memenangi ruang niaga di MGB!
Korang tengah cari ruang niaga ke tu? Apa kata korang sewa je ruang niaga di MGB. Lagipun, sekarang MGB tawarkan sewa ruang niaga secara percuma selama 3 bulan di MGB tau. Korang boleh tengok gambar di atas kalau nak tahu caranya okay?
Untuk pengetahuan korang, ruang niaga ni akan dibuka pada tahun 2022. Hanya 2 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi ruang niaga ni. Siapa dapat, memang bertuah gila la! Penyertaan dibuka sehingga 12 November 2021 je tau! Jadi korang kena cepat!
Jangan lupa bagitahu keluarga dan member korang yang berniaga tu pasal hal ni. Secara tak langsung, korang dah tolong mereka kembangkan perniagaan mereka di MGB tau. Mesti mereka happy punya la.
Kami ucapkan semoga maju jaya buat peniaga tempatan semua. Jangan lupa sokong orang kita!
Untuk info lebih lanjut tentang MGB, korang boleh hubungi MGB melalui Whatsapp di sini http://bit.ly/MalaysiaGrandBazaar_ atau jika berminat, korang boleh daftar di sini https://bit.ly/3lmRHiT.