berita

Pening Nak Pilih Laptop Hebat Dengan Harga Berbaloi?HONOR MagicBook 15 Ada Kesemuanya!

May 18th, 2021 | by Noraniza
Kini Trending

Wah, baru-baru ini HONOR secara rasminya telah melancarkan HONOR MagicBook 15. Apa yang paling menarik, HONOR MagicBook 15 menekankan tiga ciri utama bagi produknya iaitu untuk perlindungan mata, daya ketahanan tinggi serta harga yang berbaloi dengan spesifikasi yang serba canggih!

Melindungi mata anda daripada cahaya biru, HONOR MagicBook 15 dilengkapi skrin paparan penuh bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920X1080 yang turut diperakui pensijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland dan tidak berkelip. Oleh itu, pandangan mata anda akan lebih selesa selain tidak cepat penat ketika mengguna komputer riba berkenaan.

Lebih best lagi, HONOR MagicBook 15 dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium yang melalui pelbagai ujian makmal.
Jadi, korang tidak perlu risau jika ia terjatuh atau terhentak di permukaan keras kerana dicipta untuk tahan lasak dan tidak mudah calar.

Bagi korang yang gemar membawa komputer riba ke mana-mana dek kerana keperluan kerja ataupun belajar, korang mesti happy dengan HONOR MagicBook 15 ini kerana ia hanya seberat 1.56kg dan senipis 16.9mm. Kompak kan?

Pada harga serendah RM3,699, komputer riba ini turut dimuatkan teknologi pengecasan pantas 65W disokong USB jenis C dan mampu mencapai 53 peratus bateri selepas pengecasan selama 30 minit.

HONOR MagicBook 15 dilengkapi pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5, sRGB 100 peratus warna gamut, memori 16GB RAM DDR4 dan storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD manakala kad grafik menggunakan Intel Iris Xe Graphics. Tidak cukup dengan itu, ia hadir dengan fungsi WiFi-6 dan dua paip penyejuk serta kipas penyejuk besar.

HONOR Band 6, tawar gelang pintar dengan skrin lebih besar berbanding jenama lain!

Oh ya, dalam masa yang sama, HONOR turut melancarkan model baharu gelang pintar HONOR Band 6 yang menawarkan skrin AMOLED 1.47 inci lebih besar dengan resolusi 368X194.Skrin HONOR Band 6 adalah 148% lebih besar berbanding generasi peranti sebelumnya serta lebih besar daripada jenama gelang pintar lain di pasaran. Jadi, korang akan lebih mudah membaca maklumat yang dipaparkan di skrin.

Ia juga mampu memantau kecergasan badan kerana mempunyai fungsi 10 mod senaman selain dilengkapi sensor 6-paksi dan sistemnya akan ditambahbaik kepada 96 mod senaman pada masa depan.

Gelang pintar ini amat berguna untuk mengenal pasti tahap kesihatan kerana ia dapat mengawasi degupan jantung selama 24 jam pada masa sebenar serta mengukur ketepuan oksigen darah (SpO2). Malah, korang juga akan menerima ‘notifications’sekiranya berlaku degupan jantung yang tidak normal.

Selain itu, terdapat ciri tambahan untuk mengawasi kitaran haid yang membantu golongan wanita memantau waktu kesuburan, kitaran dan simptom fizikal.

HONOR Band 6 memberikan hayat bateri sehingga 14 hari bagi penggunaan normal dan anda hanya memerlukan 10 minit pengecasan untuk gelang pintar ini bertahan selama tiga hari.

Pssstt! Ada offer menarik ni!

Bersempena pelancaran jualan rasmi MagicBook 15 dan Band 6, HONOR menawarkan hadiah bernilai RM300 iaitu pakej lengkap sebuah beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR.

HONOR MagicBook 15 dijual pada harga RM3,699 manakala HONOR Band 6 adalah RM189 dan boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey.

Korang boleh mendapatkan peranti terbaharu HONOR dan promosi eksklusif di HONOR Official Stores di seluruh negara atau Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR .

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Facebook HONOR Malaysia.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×