berita

Penjara Maksimum 30 Tahun, Bomoh Temberang Didakwa Lakukan Seks Dengan Pesakit

January 25th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Harapkan pegar, pegar makan padi itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan tindakan seorang pengamal perubatan tradisional yang didakwa telah melakukan jenayah seksual terhadap pesakitnya.

Kejadian tersebut berlaku pada 12 Januari yang lalu, di Kampung Permatang Pusu, Kelantan.

Mengaku tidak bersalah

Walau bagaimanapun lapor Harian Metro, tertuduh dikenali sebagai Wan Ismail Wan Md Zain, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibuat di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Bagi pihak pendakwaan, diwakili Mohd Faizuan Sulaiman dan tertuduh hanya diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan  (YBGK), Roshayati Hassan.

Difahamkan, tertuduh telah melakukan aktiviti tidak ‘bermoral’ itu kepada seorang wanita yang berusia 28 tahun tanpa keizinannya di dalam sebuah bilik.

Penjara 30 tahun

Sekadar gambar hiasan

Tertuduh didakwa  mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. Jika dia disabitkan bersalah, dia akan dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan. Ketika persidangan berlangsung, peguamnya meminta supaya jaminan minima dikenakan berikutan tertuduh perlu menyara empat orang anak.

Mahkamah menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan tertuduh melapor diri di balai polis setiap awal bulan serta tidak mengganggu mangsa.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×