berita

Penjawat Awam, Pesara Kerajaan Terima Bantuan Kewangan Aidilfitri. Terima Kasih Abah!

April 22nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi kenyataan media Pejabat Perdana Menteri hari ini, kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas kepada penjawat awam bersempena Hari Raya tahun ini.

Menghargai jasa dan pengorbanan

Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred56 dan ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP dan RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021. Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara.

Tambah beliau, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini. Di samping itu, beliau turut memberitahu bahawa pengumuman pemberian ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu masyarakat membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pemimpin yang prihatin

Ya Allah syukur ke hadrat Allah Taala datangkan pemimpin yang sentiasa prihatin keluh kesah dan permintaan rakyat. Syukran abah Muhyiddin Yassin.

Sebagai pesara kerjaan hanya dapat dilafazkan Syukur Alhamdulillah atas keperihatin kerajaan dengan doa mudahan Allah meredhai dengan hidayahNya agar negara terus maju dan rakyat terbela.

Alhamdulillah, terbaik PM kerajaan PN prihatin selalu membantu rakyat walaupun negara tengah dilanda covid19 PM sedaya upaya membantu rakyat.

Mohon bagi peluang rakyat jelata sambut raya bersama mak bapa saudara mara buka sempadan rentas negeri. Mungkin ini raya terakhir kami bersama kaum keluarga.

Di ruangan komen, rata-rata pesara dan penjawat awam memberi ucapan terima kasih buat pihak kerajaan kerana memberi bantuan tersebut. Mereka turut berharap Tan Sri Muhyiddin memberi pelepasan dan kebenaran buat seluruh umat Islam untuk pulang beraya di kampung.

Sumber: Muhyiddin Yassin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×