Selepas Datuk Afdlin Shauki dan Sharifah Amani, giliran pelakon Azhar Sulaiman pula menentang penutupan sementara Kelab Komedi Crackhouse susulan provokasi seorang pelawak wanita, Amy yang menanggalkan baju dan hijab ketika membuat komedi solo.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Beragama Islam, Tak Sokong Penghina!’ – Afdlin Shauki
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman Mengaku Tak Mudah Tegur Anak Berpakaian Seksi, Nak Rotan Dah Cukup Besar
Artikel Berkaitan: Sharifah Amani Minta Berlaku Adil, Bantah Penutupan Operasi Kelab Komedi Crackhouse
Penonton pun terkejut?
Menerusi hantaran di Facebook, Azhar mempersoalkan sama ada wajar penutupan kelab itu.
Kata aktor berumur 51 tahun, sebelum ini tidak pernah timbul masalah sepanjang kelab tersebut beroperasi.
Patutkah kelab Stand Up Comedy Crackhouse kena tutup sementara? Kelab di TTDI dah lama wujud dan tak ada isu pun sebelum ini sebab semua yang datang buat persembahan ikut garis panduan yang disediakan.
Kalau anda nilai balik video masa perempuan itu buka baju, anda boleh dengar suara atau bunyi penonton yang berasa janggal, pelik dan terkejut. Tak ada penonton pun yang suka dan terima persembahan ‘sewel’ mereka.
Pasangan itu mengejutkan semua yang hadir termasuk pemilik kelab yang tengah makan capati. Crackhouse, stesen televisyen dan semua persembahan secara langsung kena hati-hati dengan persembahan artis jemputan mereka lepas ini sebab takut ada persembahan lagi ‘gila’ akan muncul dan memeranjatkan kita semua.
Nilai di media sosial
Dalam pada itu, pengacara ini mengatakan orang ramai tidak boleh terus menghukum berdasarkan di media sosial sahaja.
Kita semua tak pernah pergi sana. Kita nilai dan tentukan berdasarkan apa yang kita baca dan tengok menerusi media sosial. Cukup untuk hukum kelab ini?
Agaknya kalau ada orang viral pula ‘awek-awek’ Melayu bertudung menari sakan dan mabuk di disko, adakah disko akan kena tutup juga?
Selepas tular video dipercayai menghina agama Islam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menggantung sementara operasi sebuah kelab komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Terdahulu, viral sebuah video yang memaparkan seorang wanita tampil lengkap berbaju kurung dan tudung dan kemudiannya bertindak menanggalkan sehinggakan terdedah aurat di khalayak umum.
Wanita berasal dari Kuala Kangsar itu, Perak itu memberitahu dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.
Sumber: Facebook Azhar Sulaiman