Selepas dikecam netizen, pelawak Datuk Afdlin Shauki menegaskan dia melaknat individu yang menghina agama Islam.
Artikel Berkaitan: PU Amin Sedih Tengok Wanita Hina Agama Islam, Berani Buka Baju Selepas Mengaku Hafal 15 Juzuk Al-Quran
Artikel Berkaitan: Shahrol Shiro Tak Setuju Dengan Afdlin Shauki, Anggap Analogi ‘Swimming Pool’ Tak Tepat
Aku seorang beragama Islam
Menerusi hantaran di Facebook, Afdlin menjelaskan tentangan penutupan Crackhouse Comedy Club kerana telah membabitkan periuk nasi banyak pihak yang tidak bersalah.
Aku seorang beragama Islam yang sangat terkesan dan sekeras-kerasnya melaknat apa yang dibuat oleh mana-mana orang yang menghina Islam. Di dunia memang patut disaman dan dipenjarakan, tapi di akhirat dia sendiri mesti mahu ingat.
Orang yang mengenali saya mengetahui komitmen saya kepada agama islam, kerja-kerja ngo di palestin, syria dan usaha saya untuk sentiasa memberi manafaat kepada orang di sekeliling saya. Yang tak mengenali saya, akan cakap apa saja yang diorang suka. Saya maafkan.
Kenapa saya berkata saya menentang penutupan adalah kerana isu periuk nasi orang yg mencari rezeki dengan membuat komedi. Semua orang ada kelebihan mereka yang diberi untuk mencari nafkah. Jadi isu dia kita kena dakwa pesalah tu!
Tambah pemilik nama Afdlin Shauki Aksan, prosedur operasi standard (SOP) yang tegas perlu dijalankan selain tindakan segera diambil kepada pihak yang melanggar undang-undang.
Penghinaan kepada agama kita memang tak boleh terima! Apa minah tu buat memang haram jadah. Jadi kawalan yang lebih baik harus di lakukan di mana-mana tempat persembahan.
SOP memang sudah ada tapi kalau orang tak ikut kita kena ambik tindakan segera.
Tempat ramai pelawak ternama mula
Dalam pada itu, pelakon berumur 51 tahun ini menyatakan dia pernah membuka restoran Comedy Planet suatu ketika dulu namun tidak pernah berlaku insiden penghinaan terhadap agama.
Saya buka pada student student komedi saya supaya diorang boleh ada tempat untuk belajar, menjadi lebih baik dan pada waktu yang sama boleh buat duit sikit.
Open mike kami lakukan dan di buka untuk orang yang nak mencuba dan di restoran saya tak pernah kami alami apa-apa penghinaan kepada agama pasal SOP yang kami beri pada pelawak.
Jadi penutupan sementara untuk membantu siasatan polis silakan, tapi, Bila saya dengar berita crackhouse akan di tutup, saya agak terkejut. Kerana ini tempat di mana ramai pelawak ternama di kaca televisyen sekarang mendapat permulaan mereka.
Sehari sebelum umat Islam menyambut Aidiladha, viral sebuah video yang memaparkan seorang wanita tampil lengkap berbaju kurung dan tudung dan kemudiannya bertindak menanggalkan sehinggakan terdedah aurat di khalayak umum.
Wanita berasal dari Kuala Kangsar itu, Perak itu memberitahu dia berketurunan Melayu, beragama Islam dan sudah menghafal 15 juzuk al-Quran.
Sumber: Facebook Afdlin Shauki