Gambar hiasan
Penternak di Lampang, Thailand memberi makan ayam mereka ganja sebagai pengganti kepada antibiotik. Mereka mendakwa kaedah ini bakal menghasilkan daging dan telur yang lebih baik daripada biasa.
Lebih baik berbanding antibiotik
Foto: Kosmo
Memetik laporan The Nation Thailand, cubaan itu adalah sebahagian daripada ujian yang dijalankan oleh perusahaan komuniti Peth Lanna dan Fakulti Pertanian Universiti Chiang Mai.
Presiden perusahaan komuniti Peth Lanna Sirin Chaemthet dilaporkan berkata bahawa ayam yang diberi ganja telah menunjukkan kesan imuniti yang lebih baik selain dapat bertahan walaupun dalam keadaan cuaca buruk.
Kesan ganja lebih baik berbanding antibiotik.
Para penternak memutuskan untuk menggunakan ganja selepas antibiotik gagal menghalang ayam daripada terkena bronkitis burung. Ayam juga dilaporkan kurang tertekan, badan kurang lemak dan daging lebih lazat.
Namun, presiden Majlis Peladang Kebangsaan Prapat Panyachatrak memberi amaran bahawa antibiotik dalam daging ayam dan telur akan membahayakan kesihatan pengguna, seperti penurunan imuniti dan alahan.
Rancang jual ayam panggang pula
Foto: MyResipi
Lebih menarik perhatian, Sirin menjelaskan nasi ayam yang dimasak daripada ayam diberi makan ganja menerima respons yang positif daripada kebanyakan pembeli.
Kami merancang untuk menjual ayam panggang pula pada masa akan datang.
Sirin turut menambah bahawa ayam yang diberi makan ganja akan dapat memenuhi permintaan pelanggan yang mencari makananan jenis organik.
Perusahaan itu juga telah menjual daging ayam dengan harga 100 baht sekilo dan telur dengan harga 6 baht sekeping melalui laman webnya.
Minggu lalu, Thailand menjadi negara pertama di Asia yang menghalalkan ganja.
Sumber: The Nation Thailand The Straits Times