berita

Penuh Dengan Kejutan & Konflik Wanita Kaya, Tonton ‘The Penthouse’ Di Slot Chamsarang TV9

November 18th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, drama bersiri Korea Selatan seringkali menjadi tumpuan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Kalau dah layan k-drama, memang kerja lain tak jalan!

Untuk pengetahuan semua, k-drama popular, The Penthouse telah ditayangkan bermula 27 Oktober 2021 yang lalu di slot Chamsarang saluran TV9 Malaysia.

Keserakahan pindah ke Penthouse

Drama The Penthouse: War In Life mengisahkan tentang wanita yang sanggup mempertaruhkan segalanya untuk mencapai impiannya berpindah ke penthouse mewah yang memiliki 100 tingkat. Demi memenuhi keserakahannya untuk hidup dalam lingkungan kelas atasan, dia mula berubah menjadi seorang wanita yang sangat ‘mengerikan’.

Wanita pertama adalah Shim Soo Ryeon lakonan Lee Ji Ah yang dilahirkan dalam kekayaan dan dikenali sebagai ratu di dalam Penthouse tersebut. Suaminya, Joo Dam-Tae (Uhm Ki-Joon) merupakan seorang yang berjaya dan memiliki perniagaan hartanah.

Watak kedua pula adalah Cheon Seo-Jin (Kim So-Yeon) merupakan wanita yang dilahirkan dari keluarga yang kaya. Cheon Seo-Jin seorang yang sangat sombong tetapi bercita-cita besar. Suaminya bernama Ha Yoon-Cheol lakonan (Yoon Jong- Hoon) merupakan seorang pakar bedah yang berkhidmat untuk pesakit golongan VIP.

Jom saksikan The Penthouse

Berbeza dengan kedua-dua watak itu, Oh Yoon-Hee (Eugene) dilahirkan dari keluarga yang miskin namun dia bekerja keras memasuki masyarakat kelas atasan di penthouse. Dia berusaha supaya memiliki kehidupan yang jauh lebih baik untuk anak perempuannya.

Drama ini mempunyai banyak plot twist dan konflik antara penduduk di Penthouse. Malah drama ini turut menonjolkan tentang pembahagian dan perbezaan antara golongan elit dan kelas pekerja. Turut menunjukkan bagaimana mereka berusaha untuk kekal berada di golongan kelas atasan di Penthouse.

The Penthouse: War In Life sedang ditayangkan di slot Chamsarang TV9 setiap hari Rabu dan Khamis jam 10:00 malam sementara hari Jumaat pada jam 10:30 malam. Tunggu apa lagi, jom sama-sama kita saksikan The Penthouse: War In Life.

SKIP THIS AD ×