berita

Penuh Konflik & Komedi, ‘Ada Apa Dengan Saka’ Bakal Hiasi Slot Diandra TV9 Malam Ini!

May 19th, 2022 | by Amirul Asraf
Shout Out!

TV9 bakal menampilkan gandingan hebat Syazwan Zulkifly dan Shiha Zikir menerusi drama ‘Ada Apa Dengan Saka’ mulai malam ini. Drama 20 episod ini bakal bersiaran menerusi slot Diandra dan akan menemani penonton selama 2 jam bermula dari pukul 8.30 malam.

Kebolehan luar biasa

Ada Apa Dengan Saka membawa kisah Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama apabila Madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina.  Aina yang terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa beliau yang boleh melihat benda ghaib, bertemu dengan Madi dan mereka jatuh cinta. Disebabkan cinta terhadap Aina, Madi tekad untuk membantu Aina pulih dari masalah yang dihadapi dan pada masa yang sama, Aina membantu merungkai masalah Madi dan keluarganya yang sering diganggu makhluk ghaib.

Saksikan lakonan mencuit hati dari barisan pelakon Syazwan Zulkifly, Shiha Zikir, Wanns Ahmad, Myra Natasya, Dynas Mokhtar, Watie Elite dan Azri Iskandar.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×