berita

Penuh Misteri & Kejutan, ‘Rumah Belanda’ Di Tonton Cinema Bikin Penonton Tak Senang Duduk!

August 27th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Hanya kerana ingin menyempurnakan tugasan yang diberi, seorang penulis sanggup menetap di sebuah Rumah Belanda yang penuh dengan kisah misteri. Sejarah hitam yang berlaku di rumah tersebut membuatkan si penghuni sering ‘dihantui’ dengan pelbagai kejadian pelik dan mistik. Namun adakah dia mampu bertahan menetap di Rumah Belanda sehingga penulisannya berjaya disiapkan atau sebaliknya? Jom saksikan Rumah Belanda di tonton Cinema.

Filem seram ‘Rumah Belanda’

Rumah Belanda mengisahkan tentang seorang penulis bernama Raya yang mendapat satu tugasan daripada seorang jutawan bernama Hilda untuk menulis biografi mengenai Aline. Untuk mendapatkan lebih fokus dengan tugasan yang diberikan, Hilda mencadangkan Raya menetap di rumah yang pernah didiami Eline semasa kecil. Berikutan daripada itu, suaminya telah menghantar Raya bersama dua orang anaknya ke Rumah Belanda tersebut.

Namun siapa sangka, sejak menetap di situ, pelbagai kejadian mistik berlaku dan membuatkan mereka sekeluarga ‘diganggu’ makhluk halus. Malah, Raya semakin tidak fokus dengan penulisannya dek gangguan daripada persekitaran Rumah Belanda tersebut. Bukan itu sahaja, pelbagai perselisihan yang berlaku sehingga hubungan antara Raya dan suaminya semakin dingin.

Rupa-rupanya kejadian yang menimpa Raya dan anak-anaknya adalah disebabkan sejarah hitam yang pernah berlaku di rumah tersebut pada suatu ketika dahulu. Disebabkan perasaan ingin tahu yang membuak buak, Raya mula berusaha merungkai kisah di sebalik Rumah Belanda itu.

Layan di tonton Cinema

Adakah Raya mampu bertahan menetap di Rumah Belanda untuk menyiapkan penulisannya? Adakah dia mampu membongkarkan kisah misteri di Rumah Belanda? Sama-sama kita saksikan kesudahan filem Rumah Belanda yang dilakonkan oleh barisan pelakon terkenal Indonesia iaitu Kelly Tandiono, Agung Udijana, Aida Nurmala, Grace Salsabil dan ramai lagi.

Hanya dengan langganan serendah RM4.90 sahaja, korang dah boleh layan filem Rumah Belanda di tonton Cinema. Tunggu apa lagi, jom kita bersantai dan tonton wayang bersama ahli keluarga di rumah.

SKIP THIS AD ×