berita

Penuhi Hasrat Arwah, Lagu Justin Bieber Dinyanyikan Beramai-Ramai Sebelum Dikebumikan

June 3rd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Tular satu klip video di media sosial Indonesia memaparkan acara pengebumian di Bali, Indonesia yang diiringi lagu Ghost nyanyian penyanyi terkenal, Justin Bieber.

Permintaan akhir si mati

Video yang dimuat naik pada akaun TikTok dengan nama pengguna @madesurata0 itu memaparkan waris si mati menyanyikan lagu Ghost oleh Justin Bieber ibarat nyanyian sebuah koir.

Menerusi kapsyen yang ditulis, nyanyian tersebut merupakan permintaan mendiang sebelum dia meninggal dunia.

Permintaan almarhum. Dinyanyikan lagu Justin Beiber sebelum berangkat ke kubur.

Bagi merealisasikan hasrat terakhirnya, keluarga terdekat serta jiran si mati hadir membantu menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai. Turut dilihat pada video tersebut seorang lelaki menghalakan mikrofon ke arah mereka ketika sedang bernyanyi.

Video berdurasi 23 saat itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 3.7 juta dengan lebih 300 ribu tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berbelah bahagi emosi yang patut mereka rasai ketika menonton video tersebut.

Video

@madesurata0

#fyp jaman milinial.tumben ad permintaan seperti ini??

? suara asli – Made Surata585 – Made Surata585

Sumber: Suara.com, TikTok @madesurata0

SKIP THIS AD ×