Perkongsian terbaharu mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman Instagram (IG) telah menyorot perhatian netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Jawab Gosip Sudah Bertunang Dengan Amira Othman – ‘Kalau Betul, Tak Boleh Sorok’
Penuhi jemputan Fattah Amin
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dibuat, Dr. Zulkifli memuat naik foto dirinya yang sedang menyampaikan tazkirah sambil duduk di atas kerusi.
Jelas Zulkifli, dia hadir bagi memenuhi jemputan pelakon kacak, Fattah Amin yang menganjurkan majlis doa selamat bersama keluarganya bersempena sambutan bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Semalam (Ahad), saya memenuhi jemputan Fattah Amin sekeluarga untuk menyampaikan tazkirah dalam majlis doa selamat bersempena bulan Ramadan.
Moga kita semua dapat menjadikan Ramadan kali ini yang terbaik dalam hidup kita.
Namun, apa yang mencuri perhatian ialah Zulkifli turut mencuri perhatian apabila memuat naik foto bersama penyanyi, Amira Othman yang turut hadir ke majlis tersebut.
Komen netizen
Perkongsian tersebut kemudiannya menuai pelbagai komen dan respon daripada wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja sambil berharap agar ada sesuatu yang baik akan berlaku di antara Fattah dan Amira.
Terdahulu, tular satu artikel yang mendakwa Fattah dan Amira bertunang pada Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu menafikan dakwaan tersebut.
Sumber: IG Dr. Zulkifli