berita

Penuntut Malaysia Di Amerika Syarikat Meninggal Dunia Selepas 10 Hari Hilang Di Dalam Hutan

August 24th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Seorang penuntut Malaysia, Afifi Hakim meninggal dunia di Ohio, Amerika Syarikat  (AS) selepas 10 hari dilaporkan hilang ketika mendaki dan berkhemah di kawasan hutan di AS.

Menerusi Berita Harian, pelajar ini dikatakan telah pergi ke hutan berkenaan seorang diri dan setakat ini, masih belum ada maklumat lanjut mengenai kejadian.

Jenazah dikebumikan di AS

Berita kejadian ini telah dimaklumkan kepada keluarga Afifi yang menetap di Senawang, Negeri Sembilan. Ibu bapa mangsa dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan visa kecemasan daripada kedutaaan AS namun sehingga petang semalam mereka masih belum mendapat kelulusan.

Menurut laporan daripada Pejabat JPA ketika dihubungi, mereka memaklumkan bahawa jenazah mangsa sudah selamat dikebumikan di sana.

Baru menyambut ulang tahun kelahiran

Berdasarkan maklumat yang dikongsi di laman sosial, mangsa melanjutkan pelajaran dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Ohio State University, Amerika Syarikat (AS) dan dijangka akan menamatkan pelajarannya Disember ini.

Afifi mula melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada tahun 2016 setelah mendapat tawaran biasiswa daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menuntut di Kolej Intec, Shah Alam. Mangsa juga dikatakan tidak pernah pulang ke tanah air sejak melanjutkan pelajaran di sana.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 13 Ogos yang lalu.

Sumber: Berita Harian, Twitter

SKIP THIS AD ×