Masalah gangguan perasaan, sakit mental, depresi dan perubahan emosi adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua individu. Penyakit ini bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada pesakit.
Terbaru, seorang pengguna Twitter, Zuba yang dipercayai merupakan seorang doktor telah ‘menegur’ kenyataan yang dibuat oleh seorang individu mengenai penyakit mental. Lebih mengejutkan apabila individu berkenaan dengan selamba berkata penyakit mental adalah satu gurauan.
‘Orang lemah je terkesan’
Jangan ambil mudah
Menurut Zuba, niatnya membuat ‘thread’ ini bukanlah bertujuan untuk mengecam individu tersebut tetapi ianya sekadar memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang penyakit mental yang sepatutnya tidak boleh dipandang remeh.
Kesihatan mental penting
Tambahnya lagi, jika benar penyakit mental ini adalah satu gurauan seperti yang dimaksudkan oleh individu tersebut, mengapa dalam bidang perubatan terdapat pelbagai cabang berkaitan kesihatan mental yang ternyata sangat penting.
Ada yang sampai bunuh diri
Dalam kesempatan itu, Zuba turut menasihati individu tersebut supaya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Zuba turut menegaskan sekali lagi bahawa kesihatan mental bukanlah satu perkara yang boleh dibuat bergurau. Hal ini kerana, terdapat segelintir manusia yang menghidap penyakit mental ini sanggup bertindak di luar jangkauan seperti membunuh diri.
‘Bukan sahaja disebabkan pemikiran’
Sementara itu, Zuba berkata penyakit mental ini terjadi bukan semata-mata kerana pemikiran atau perangai sahaja tetapi ianya juga boleh terjadi kepada mereka yang mempunyai sakit lain contohnya seperti penyakit kanser. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan si pesakit lemah. Bermula dari situ lah, mereka ini akan dirujuk kepada psikiatari.
Pengalaman pernah menjadi mangsa dera, dirogol dan dicabul juga merupakan antara faktor yang menyebabkan seseorang itu menghidapi penyakit mental.
Bantu mereka yang lemah
Difahamkan, tweet kontroversi tersebut dipercayai telah dimuatnaik oleh akaun Twitter palsu iaitu Raja Farah Sofea dan dikatakan telah menggunakan gambar orang lain tanpa izin.
Sumber: Zuba159