berita

Penyakit Pelik Tua 8 Kali Dari Umur Sebenar

October 26th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap orang mengimpikan untuk kelihatan muda dan sihat. Namun ini kisah yang berlaku kepada seorang wanita di Ohio, Amerika Syarikat yang menghidap penyakit pelik apabila tua lapan kali lebih cepat daripada usia sebenarnya.

Wanita yang dikenali sebagai Tiffany Wedekind menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai ‘progeria’, yang menjadikan seseorang itu kelihatan jauh lebih tua daripada usia sebenarnya.

Tua lapan kali lebih cepat

Foto: Metro UK

Memetik laporan Metro UKTiffany yang berusia 43 tahun merupakan individu yang terselamat kerana lazimnya penghidap penyakit progeria ini akan meninggal dunia ketika berusia 15 tahun. Ajaibnya, Tiffany telah hidup hampir tiga kali lebih lama walaupun mengalami beberapa masalah kesihatan seperti keguguran rambut, kerosakan gigi dan mempunyai kedutan pramatang.

Menurut doktor, Tiffany agak bertuah dan luar biasa kerana mampu bertahan dengan penyakitnya. Ketika ditemu bual Tiffany turut menjelaskan dia percaya akan senaman yoga yang mampu membantu memberi semangat dalam hidupnya. Walaupun sudah bercerai, ia tidak menjadi penghalang untuknya terus berjaya.

Saya melakukan yang terbaik untuk kekal sihat kerana saya sangat bertuah kerana masih dapat berada di sini. Pemikiran saya adalah bahawa saya boleh hilang pada bila-bila masa dan saya hanya mencuba yang terbaik untuk menikmati kehidupan yang saya ada. 

Jelas Tiffany, walaupun kelihatan berumur berbanding orang lain, itu tidak langsung mematahkan semangatnya.

Menerima nasib yang sama

Foto: Metro UK

Abangnya Chad, turut menghidap penyakit yang sama sepertinya dan telah meninggal dunia pada tahun 2012 ketika berusia 39 tahun. Laporan Metro UK, turut menjelaskan terdapat 179 orang di dunia yang menghidap penyakit progeria ini di 53 negara. Tiffany turut berkongsi gaya hidup sihatnya seperti kerap melakukan aktiviti senaman, dan menjaga pemakanan bagi memastikan tubuh badannya kekal sihat seperti biasa.

Tiffany disahkan menghidap penyakit progeria ini ketika dia berusia 20 tahun, dan penyakit ini diwarisi oleh ibu bapa mereka. Walaupun sering dihina, oleh masyarakat disebabkan keadaan fizikal dirinya yang agak ‘ganjil’ perkara tersebut langsung tidak mematahkan semangatnya.

Sumber: Metro UK

SKIP THIS AD ×