berita

‘Penyakit Tak Kira Bulu’ – Alami Penyakit Major Depressive Disorder, Doktor Terpaksa Berhenti Kerja

June 11th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Disahkan menghidap Major Depressive Disorder lima tahun lalu, wanita ini kongsi pengalaman dilanda ‘kemurungan’ sewaktu belajar dan bekerja. Tiada lagi keseronokan, perkara yang sebelum ini diminati menjadi semakin hambar.

Dia juga mudah hilang fokus dan disebabkan itu kerjayanya sebagai doktor terpaksa dilepaskan. Yang lagi teruk, fikiran mahu bunuh diri sering datang dan sudah tidak tertanggung lagi.

Disahkan MDD ketika belajar, semakin teruk sewaktu bekerja

Menurut wanita ini, dia disahkan menghidap penyakit Major Depressive Disorder lima tahun lalu ketika menuntut di universiti. Selepas disahkan penyakit tersebut, keadaannya kadangkala baik kadangkala tidak. Dia berusaha ‘melawan’ demi menamatkan pengajian sehingga memperoleh ijazah. Dia juga sukar keluar rumah untuk ke kelas, dia rasa sangat bersalah kerana terpaksa skip kelas kerana mengalami kemurungan yang teruk.

Pengajian menjadi semakin susah, dia sukar untuk fokus dan hanya memandang buku selama 3 jam tanpa faham apa-apa. Baru-baru ini ketika bekerja, dia mula mendapatkan rawatan dan mengambil ubat. Dia nak sangat ‘baik’ untuk fokus kepada kerja. Namun, keadaan menjadi semakin teruk apabila dia tidak fokus dan fikiran mahu bunuh diri sering datang.

Sering berdebar-debar, sakit dada dan sesak nafas

Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia diserang panic attacks sewaktu bekerja dan ditempat awam. Dia sering berdebar-debar, sakit dada dan sesak nafas. Dia terpaksa ambil cuti dan dapatkan rawatan, keadaan menjadi bertambah baik namun ianya tidak kekal lama kerana dia akan diserang kemurungan lagi.

Sekarang, dia bukan lagi seorang doktor. Dengan sokongan suami dan keluarga, dia kini menjalani rawatan sepenuhnya. Depresi tidak bermaksud dia menangis sepanjang masa. Tidak bermaksud dia tidak gembira malah sangat bersyukur dengan hidup.

Dia juga menolak tanggapan bahawa depresi bermaksud iman yang lemah. Setiap penyakit itu tandanya ujian daripada Allah dan MDD merupakan salah satunya.

‘Penyakit tak kira bulu’

Tujuan dia menulis post ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa penyakit tidak kira bulu. Penyakit ini akan menyerang sesiapa sahaja dan dia sebagai seorang wanita muslim, seorang isteri, anak dan bekas doktor tidak malu untuk mengakui dia mempunyai pesakit MDD.

Sumber : Nadiah Abdul Halim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×