berita

Penyanyi Aku Suka Dia, Ainan Tasneem Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

March 2nd, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Selepas membuat keputusan untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati sekitar Januari tahun lepas, Ainan Tasneem yang terkenal menerusi lagu ‘Aku Suka Dia’ telah pun mengambil langkah untuk mengundurkan diri dari bidang seni tanah air.

Terbaru, Ainan Tasneem telah memuatnaik sekeping gambar yang membawa berita gembira buat diri dan keluarga kecilnya. Ainan telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.91kg pada jam 7.12 pagi tadi.

‘Bersalin secara normal’

Ainan mengucapkan rasa syukur kerana diberikan peluang untuk merasai nikmat melahirkan dan bayi yang dilahirkan juga dalam keadaan sihat dan sempurna.

‘Semoga anak ni jadi anak yang solehah’

Dia juga berterima kasih kepada peminat yang tidak henti mendoakan sepanjang proses kelahiran berlangsung dan berdoa semoga anak yang dilahirkan ini menjadi anak yang solehah. Diruangan komen peminat tidak henti mengucapkan tahniah dan bersyukur segalanya berjalan lancar. Namun begitu, Ainan masih belum berkongsi sepenuhnya nama dan gambar bayi tersebut. Apa-apa pun admin ucapkan selamat berpantang kepada Ainan!

Credit: ainantasneem92

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×