berita

Penyanyi Di Anugerah Muzik Hanteo Tercium Bau Busuk..Rupanya Peminat Terberak Dalam Seluar Sampai Najis Berterabur!

February 19th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Anugerah Muzik Hanteo 2024 telah berlangsung meriah dengan kehadiran penyanyi-penyanyi hebat dari Korea Selatan malah para peminat turut hadir bagi menggamatkan suasana.

Namun siapa sangka, di sebalik kemeriahan majlis rupa-rupanya ada berlaku perkara di luar jangkaan dan ianya secara tidak langsung membuatkan suasana menjadi kelam kabut!

Terberak dalam seluar?

Menerusi laporan yang dipetik daripada Koreaboo, seorang penonton yang juga peminat dikatakan telah membuang air besar di dalam dewan ketika Anugerah Muzik Hanteo 2024 sedang berlangsung. Malah terdapat beberapa foto yang tular di aplikasi X memaparkan penyanyi dan penonton menekup hidung dan mulut menahan daripada bau busuk najis.

Artikel Berkaitan: Sibuk Dengan Karier Solo, Blackpink Tak Akan Buat ‘Comeback’ Pada Tahun 2024?

Difahamkan, perkara itu hanya disedari selepas para penonton yang berada di bahagian berdiri terhidu bau busuk. Mereka kemudian memanggil pengawal yang bertugas dan individu tersebut memberitahu bahawa itu adalah najis manusia.

Namun, mereka tidak mampu berbuat apa-apa kemungkinan disebabkan keadaan yang agak sesak. Mereka yang berada berdekatan kawasan itu termasuk penyanyi dan para penonton terpaksa menahan bau busuk sehingga persembahan tamat.

Tetapi apa yang lebih mengejutkan, ada seorang individu tampil membuat pengakuan mengejutkan di Aplikasi X. Individu terbabit mendakwa bahawa dirinya adalah punca berlakunya kekecohan tersebut telah membuat permohonan maaf.

Hello. Saya adalah orang yang membuang air besar di dalam seluar di Anugerah Muzik Hanteo. Saya menyedari bahawa ramai orang telah menderita kerana saya semasa saya melihat melalui Twitter.

Saya minta maaf kerana menyusahkan ramai orang. Saya akan mengingati kejadian hari ini. Saya minta maaf sekali lagi kerana merosakkan hari yang baik.

Sekadar info, Anugerah Muzik Hanteo 2024 adalah anugerah untuk mengiktiraf artis dan rakaman terbaik terutamanya berdasarkan Carta Hanteo bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

Sumber: Koreaboo, Allkpop

SKIP THIS AD ×