berita

Sibuk Dengan Karier Solo, Blackpink Tak Akan Buat ‘Comeback’ Pada Tahun 2024?

February 19th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, timbul khabar angin mengatakan bahawa kumpulan kpop terkenal Korea Selatan iaitu Blackpink bakal membuat ‘comeback’ pada tahun 2024. Meskipun ianya baru khabar angin, tetapi para peminat Blackpink yang dikenali sebagai Blink akui tidak sabar untuk menanti kemunculan semula artis kesayangan mereka.

Namun terbaharu, ada sumber mendakwa bahawa Blackpink tidak akan membuat sebarang ‘comeback’ pada tahun ini. Betul ke? Mesti ramai Blink patah hati kan?

Lisa, Jennie

Menerusi laporan daripada sebuah media Korea Selatan, Blackpink tidak mungkin membuat kemunculan semula pada tahun 2024 kerana masing-masing sibuk dengan aktiviti solo mereka.

Tambahan pula, dua ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa dan Jennie sibuk menguruskan syarikat baru yang ditubuhkan mereka pada tahun 2024. Difahamkan, Lalisa Manobal atau lebih mesra dengan panggilan Lisa telah menubuhkan label solonya, LLOUD. CEO muda yang berasal dari Thailand itu akan melebarkan sayapnya ke bidang lakonan dan bakal debut menerusi siri televisyen popular Amerika Syarikat, The White Lotus musim ketiga.

Sementara rakan seperjuangannya, Jennie atau nama sebenarnya Jennie Kim turut menubuhkan labelnya sendiri iaitu ODD ATELIER (OA). Selain itu, Jennie merancang untuk mengeluarkan album solo pertamanya menjelang akhir tahun ini.  Penyanyi rap Solo yang berusia 28 tahun itu juga telah membuat ‘comeback’ dalam variety show berjudul Apartment 404.

Rosé, Jisoo

Selain Lisa dan Jennie, Jisoo yang popular dengan lagu Flower dilaporkan telah memulakan sub-labelnya, BLISOO yang bernaung di bawah syarikat abangnya. Bagi kerjaya muzik, Jisoo yang turut dinobat sebagai wanita tercantik di dunia pada tahun 2023, kini sedang sibuk membuat kemunculan semula sebagai seorang pelakon menerusi beberapa rancangan popular.

Seterusnya, Rosé atau nama sebenarnya Roseanne Park atau Park Chae-young dikhabarkan bakal melancarkan labelnya sendiri dan kemudian membuat persediaan kemunculan semula. Namun, penyanyi cantik berusia 27 tahun itu tidak membuat sebarang pengumuman tentang perancangan kariernya sebagai anak seni.

Walaupun Blackpink tidak membuat ‘comeback’ pada tahun ini, tetapi Blink mengharapkan yang terbaik buat keempat-empat sahabat baik itu sama ada dari segi karier atau kehidupan peribadi mereka.

Sekadar info, keempat-empat ahli Blackpink memperbaharui kontrak mereka dengan YG Entertainment pada tahun lalu, menyebabkan saham syarikat itu naik hampir satu pertiga.

Sumber: Times Now News, Sportskeeda

SKIP THIS AD ×