Seorang penyanyi muda dari China, Cai Xukun menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa menghamilkan empat wanita.
Penyanyi hamilkan wanita?
Isu tersebut mula tercetus selepas seorang wanita yang dikenali sebagai C mendedahkan telah menjadi mangsa Xukun. Menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan C, dia turut menunjukkan beberapa bahan bukti termasuk imbasan ultrasound bayi dalam kandungannya (sebelum ini) dan perbualannya bersama ibu Xukun.
Difahamkan, Xukun dan C telah melakukan hubungan intim sekitar Mei 2021 iaitu selepas mereka bertemu di sebuah KTV di Beijing, China. Sebulan kemudian, C mendapati dirinya hamil namun Xukun enggan bertanggungjawab atas kehamilan tersebut.
Paksa gugurkan kandungan?
Pada bulan Julai tahun yang sama, C telah menggugurkan kandungan tersebut selepas dipaksa oleh Xukun dan ibunya. Wanita terbabit tidak percaya bahawa bayi dalam kandungan itu adalah milik anak lelakinya. Dia percaya C hanya mempergunakan Xukun.
Menerusi laporan media lain mendakwa Xukun juga ada terlibat dengan beberapa skandal seks lain sehingga telah menghamilkan tiga wanita pada masa lalu termasuklah seorang wanita dari industi fesyen, anak jutawan yang masih dibawah umur dan seorang peminatnya.
Difahamkan, pihak media telah menghubungi Xukun untuk bertanyakan responnya mengenai pendedahan tersebut tetapi dia hanya menjawab ‘tidak tahu’ dan terus meletekkan panggilan.
Sumber: Today Online, China Film Insider