Penyanyi, Datuk M Daud Kilau dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 4.46 petang di Hospital Teluk Intan, Perak pada Isnin.
M Daud Kilau meninggal dunia
Berita pemergian Allahyarham M Daud Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Bin Kilau disahkan oleh anak lelakinya iaitu Ahmad Zaini Mohd Daud, 52. Zaini memaklumkan bapanya, 85, telah dimasukkan ke hospital pada 12 Disember lalu.
Ayah saya memang ada penyakit diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.
Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak.
Tambah Zaini, pembedahan memotong kedua-dua kaki bapanya tidak dapat diteruskan memandangkan tekanan darahnya yang tidak stabil.
Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.
Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, Selasa.
Sumber: Mstar