berita

Penyanyi Meninggal Dunia Beberapa Jam Selepas Majlis Kahwin

November 30th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang penyanyi Amerika Syarikat iaitu Jake Flint dilaporkan meninggal dunia ketika tidur iaitu beberapa jam selepas majlis perkahwinannya berlangsung.

Meninggal dunia lepas kahwin

Memetik laporan Daily Star, penyanyi berusia 37 tahun itu telah mengadakan majlis perkahwinannya pada 26 November lalu dan pada malam harinya, Jake Flint disahkan meninggal dunia. Berita sedih itu dimaklumkan oleh pengurus pada 27 November lalu menerusi hantaran di media sosial. 

Dengan berat hati dan dalam kesedihan yang mendalam, saya ingin mengumumkan berita sedih bahawa Jake Flint telah meninggal dunia secara tragis.

Menerusi hantaran di media sosial, isteri Jake iaitu Brenda meluahkan rasa sedih dengan pemergian suami tercinta lebih-lebih lagi apabila si suami meninggalkan dirinya buat selama-lamanya pada hari bahagia mereka.

Hati saya sudah tiada  dan saya perlukan dia untuk kembali. Saya tidak boleh terima. Saya perlukan dia di sini.

Tak dinafikan, berita pemergian penyanyi cukup berbakat itu mengejutkan ramai dan rata-rata daripada penggiat muzik dan para peminat akui sedih dengan berita tersebut. Mereka turut mengucapkan takziah buat Jake sekeluarga selain berharap agar Brenda diberi kekuatan menempuhi hari mendatang tanpa Jake disisi.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×