Pelakon dan penyanyi terkenal era 80-an, Aman Shah Abu Kassim meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN) sekitar pukul 2 petang tadi.
Aman Shah meninggal dunia
Berita duka itu disahkan oleh pembantu peribadi adik Allahyarham, Amirudin Mokhtar dan anak sulung Allahyarham, Hadzly. Menurut Hadzly, Allahyarham bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu. Tambahnya lagi, jenazah bapanya masih berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras sebaik selesai dimandi dan dikafankan.
Sementara menurut Amirudin Mokhtar, Allahyarham Aman Shah meninggal dunia pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan malam tadi.
Allahyarham dimasukkan ke hospital tiga hari lepas. Sekarang kami sedang menunggu proses selanjutnya.
Difahamkan, jenazah Allahyarham mungkin akan dikebumikan pada hari ini iaitu selepas solat Maghrib.
Sumber: Astro Awani, Utusan, Harian Metro