berita

Penyanyi Terkenal Korea Didenda RM25k Tak Sengaja Langgar Pejalan Kaki Hingga Mati

January 20th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Soomoi

Bintang penyanyi terkenal Korea, Im Seulong yang merupakan salah seorang ahli kumpulan 2Am telah dikenakan denda sebanyak RM25,000. Punca dia didenda adalah disebabkan terlibat dalam satu kemalangan tahun lalu. Ketika kejadian Im Seulong telah melanggar seorang pejalan kaki sehingga maut.

Tidak berakhir di situ, bintang muda ini juga dikhabarkan telah membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa susulan insiden yang berlaku ini.

Denda dikenakan

Foto: Soomoi

Lapor portal Soomoi, denda tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Daerah Seoul Barat pada 13 Januari yang lalu. Keputusan tersebut dibuat setelah pihak hakim meneliti segala dokumen dan bukti-bukti yang ada. Namun, Im Seulong boleh membuat rayuan berhubung kes itu.

Kejadian kemalangan itu berlaku pada Ogos tahun lepas, ketika Im Seulong memandu kenderaanya jenis SUV. Insiden itu berlaku pada waktu malam ditambah pula dengan keadaan cuaca hujan lebat. Ketika kejadian, dia secara tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang sedang melintas jalan.

Difahamkan, ketika kejadian lampu isyarat pejalan kaki berwarna merah yang memberi maksud Im Seulong perlu berhenti terlebih dahulu bagi memberikan laluan kepada pejalan kaki.  Mangsa ketika itu melintas jalan susulan lampu hijau buatnya.

Memandu dalam keadaan normal

Foto: Koreaboo

Susulan daripada pelanggaran itu, mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan selanjutnya namun meninggal dunia di hospital. Hasil laporan Im Seulong, didapati memandu dalam keadaan yang normal dan bukan di bawah pengaruh alkohol. Namun, denda yang dikenakan adalah tetap sama berikutan kecuaiannya.

Video kemalangan tersebut dapat dilihat menerusi rakaman litar kamera tertutup (CCTV) yang berada di tempat kejadian.

Sumber: Soomoi

SKIP THIS AD ×