Tular di media sosial, seorang penyanyi wanita didakwa mempamerkan kelakuan tidak senonoh ketika dijemput memeriahkan di Dataran Labuan.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Tak Ada Surat Terbuka Buat Mangsa R*gol & Per*gol? Kalau Shima Bukan Main Buat Konten’
Artikel Berkaitan: Baby Shima Terima Ugut*n B*nuh – ‘Jangan Pulang Melaya Dengan May*t Saja’
Luah rasa sedih
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang individu meluahkan rasa sedih selepas melihat perilaku golongan muda yang terikut dengan kelakuan selebriti tersebut.
Dalam kiriman gambar jelas menunjukkan golongan belia terkinja-kinja mengikut salah laku artis tersebut.
Sangat mendukacitakan apabila melihat foto tersebut.
Dalam pada itu, individu itu turut mempersoalkan keputusan pihak penganjur yang menjemput artis ‘kontroversi’ hadiri program tersebut.
Jelasnya, ia adalah satu kesilapan susulan memberi impak negatif terhadap golongan belia.
Kenapa artis kontroversi ini menjadi pilihan penganjur?
Tiada ke artis lain yang lebih sopan dan boleh jadi contoh kepada anak-anak muda?
Kenapa pihak bertanggungjawab luluskan permit artis tersebut?
Bagi saya budaya menjemput artis kontroversi adalah satu kesilapan yang membawa kepada kesan negatif kepada masyarakat Islam dan anak-anak muda di Labuan.
Komen warga maya
Menjengah ke ruangan komen, segelintir warga maya turut berasa kesal dengan tindakan pihak penganjur.
Sumber: Facebook