berita

Penyewa Dari Neraka – Baru Sewa 4 Bulan, Lihat Apa Jadi Pada Apartment Ini..

December 15th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Isu penyewa rumah dari neraka ini bukanlah perkara yang baru kita dengar. Kalau sebelum ini, banyak kes sebegini yang kami kongsikan di Oh Bulan. Lebih menyakitkan hati apabila penyewa itu merosakkan barangan di dalam rumah sehingga menyebabkan kita terpaksa menangung kos kerugian yang tinggi.

Seperti perkongsian ini, memang sedih melihat keadaan rumah lelaki ini. Bayangkan dia menyewakan kepada seorang lelaki berbangsa Arab menerusi satu apps yang femes di Malaysia. Kalau lihat daripada gambar yang dikongsi, memang sangat teruk rumah dilenjan.

Memang teruk

 

Kali ini dia terlupa nak sambung. Jadi pada hari dia sepatutnya keluar, cleaner saya pergi dan mendapati rumah itu berada dalam keadaan teruk. Kami tidak dapat mengejutkanya dari tidur sehingga terpaksa meminta pihak pengawal keselamatan datang membantu.

Difahamkan, kediaman Simon ini telah di M City, Jalan Ampang, dan disewakan kepada lelaki bernama Mohammed dari Arab Saudi, melalui Airbnb. Mohammed menyewa rumah berkenaan selama enam minggu dan kerap menyambung tempoh sewaannya dari minggu ke minggu.

Lelaki itu kemungkinan penagih dadah

 

 

 

 


=

Dia buka semua gajet dan keluarkan baterinya dengan menggunakan pisau. Powerbank, telefon dan laptop. Banyak yang kami temui dalam rumah ini.

Berdasarkan gambar, rumah berkenaan sangat kotor dan hancur. Keadaan perabot yang tercabut dan tidak diletakkan di tempat asal, malah dinding juga mempunyai kesan calar yang sangat ketara.

Selain itu, terdapat kesan kotoran di tangga dipercayai tumpahan air minuman, air kopi di meja dan juga tilam. Ruangan memasak juga sangat kotor.

Penyewa dari neraka

 

 

=

Lebih teruk lagi, peti ais dan beberapa peralatan memasak juga berada dalam keadaan kotor dan tidak dicuci. Microwave juga tidak ditutup selepas digunakan. Simon tidak menolak kemungkinan lelaki ini adalah penagih dadah berdasarkan penemuan objek seperti paip yang dipercayai digunakan untuk menghisap dadah.

Bil api air melambung

 

 

 

Selain terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan rumah yang tidak dijangka ini, Simon juga terpaksa menjelaskan bil elektrik yang hampir mencecah RM2,000!

Untuk mengembalikan rumah ini kepada keadaan asal, Simon terpaksa menanggung kos baik pulih dan menyerahkan semua invois kepada pihak Airbnb dengan harapan dia mendapat sedikit pampasan.

Sumber : Reporter

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×