berita

‘Penyewa Dari Neraka’ – Individu Berang Rumah Ditinggalkan Macam Tempat Pelupusan Sampah

October 1st, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Sudah menjadi tanggungjawab mana-mana penyewa untuk menjaga kebersihan dan memastikan keadaan rumah itu terurus sepanjang tempoh penyewaan. Justeru, tuan rumah mana sahaja yang tidak marah apabila rumah sewa yang diamanahkan ditinggalkan dengan keadaan kotor dan menjijikkan.

Inilah nasib yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Roy Terachi apabila dia mendapati rumah yang ditinggalkan penyewa itu dalam keadaan yang menggelikan. Apa yang lebih mengejutkan, keadaan rumah itu seolah-olah seperti tempat pelupusan sampah!

Sewa tak mahal mana pun

https://www.facebook.com/roy.terachi/videos/pcb.3230657276975160/3230640696976818/?type=3&theater

Aku ingatkan penyewa dari neraka ni hanya sekadar budak-budak bujang tapi hakikatnya orang berkeluarga pun ada perangai macam ni punya pengotor! Nak pitam tengok.

Ini rumah arwah abah aku yang terletak di Flat Bukit Gedung Pulau Pinang. Bagi family ni untuk menyewa, tak ada lah mahal mana pun sewanya hanya RM350 sebulan. Kau rasa ada lagi ke orang bagi sewa rumah dekat Penang semurah ni. Tahun 2019 kot guys.

Buat 1 tahun pakej tak bayar sewa

Siap penyewa ni buat 1 tahun pakej tak bayar sewa rumah. Punya lah teramat baik mak aku ni, kalau orang lain dah lama kena halau dah sebab tak bayar sewa.

Boleh dia tinggalkan rumah sewa macam tongkang pecah. Nasib baik lah tak ada gambar penyewa tu kalau ada, dah aku viral kan skali muka dia biar orang lain tak jadi mangsa.

Aku tak tahu macam mana lah perasaan dia bila dia buat umah abah aku macam ni. Dah macam tempat pembuangan sampah. Sampaikan kucing dia pun biar macam tu je bertaik. Tak pernah cuci. Harapkan belas ihsan jiran bagi makan.

Lepas ni kalau sesiapa nak sewakan rumah tolong beware guys.

Macam tempat pelupusan sampah

Menjijikkan!

Najis kucing tak dicuci

Sumber: Joy Terachi

SKIP THIS AD ×