berita

[VIDEO] ‘Saya Kenalan Dengan Sarah Yasmine’ – Anna Jobling

April 27th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Anna Jobling menyifatkan dia dan Sarah Yasmine sebagai kenalan.

Artikel Berkaitan: ‘Babe, Past Is Past..Saya Nak Kita Semua Bahagia Semula’ – Ruhainies Merayu Nak Jumpa Sarah?

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Tak Layan Ruhainies Ajak Jumpa, Tolak Permohonan Maaf – ‘Your English S*cks’

Kami kenalan

Ketika ditemui OhBulan!, Anna berkata pertama kali mereka berjumpa pada tahun lepas ketika di satu acara di Singapura.

Ditanya tentang keperibadian kekasih gelap kepada penyanyi, Aliff Aziz, Anna, 23, berkata Sarah seorang yang sangat baik.

Saya kenalan dengan dia, kami berjumpa pertama kali dekat satu acara di Singapura Disember tahun lepas.

Dia datang ke booth saya selama tiga hari dan luang masa bersama saya serta pasukan saya, dia sangat baik dengan kami.

Peminat tahu saya macam mana, kalau orang tu tiada masalah dengan saya, maka saya pun tiada masalah dengan orang berkenaan.

Anna berkata demikian ketika ditemui di Gema Lebaran Anna Jobling, Royale Palace, Cyberjaya, Selangor, pada malam Jumaat.

Sibuk dengan kerja

Selain itu, pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman menekankan dia tidak tahu menahu mengenai pendedahan panas yang dibuat oleh Sarah di media sosial.

Katanya lagi, dia tidak pernah ambil tahu tentang kisah peribadi Sarah memandangkan dirinya sibuk dengan jadual kerja yang padat.

Tentang isu kontroversi tersebut saya tak tahu langsung sebab dia sendiri tak pernah kongsi dengan saya.

Saya pun sibuk dengan kerja saya dengan jadual yang padat, jadi saya tiada masa nak masuk campur dengan isu berkenaan.

Tambah pula saya tak tanya fasal isu peribadi dekat dia.

Dalam pada itu, pelakon utama drama Melur Untuk Firdaus menyatakan dia tidak terkejut apabila namanya terkena tempias malah sama sekali tidak memberi gangguan.

Saya tak terkejut sebab sudah biasa terkena tempias dengan isu-isu yang tiada kena mengena dengan saya.

Bagi saya ia normal dan saya okay sahaja. Lagipun kecaman yang saya terkena itu tidak menganggu kerja saya.

Terdahulu, pada Isnin, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama Aliff Aziz sejak awal Januari lalu.

Kata Sarah, dia memberanikan diri untuk mendedahkan hubungan mereka selepas melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama seorang aktres pada Mac lalu.

Pada masa sama, tular foto Sarah bersama Anna didakwa mereka berkawan baik.

Malah netizen juga kurang senang serta kecewa dengan perkara berkenaan.

Menerusi hantaran di muat naik di Instagram, Sarah juga berkongsi foto mesra bersama Aliff dan paparan skrin mesej antara aktor itu dengan pelakon dipercayai Ruhainies.

SKIP THIS AD ×