berita

Penyiasatan Penuh Misteri THE BRIDGE Gabungan 2 Negara Ini Pasti Buat Anda Tak Senang Duduk!

December 7th, 2018 | by Amat
Shout Out!

Ramai tak pembaca OHBULAN! yang suka tengok drama ber-genre penyiasatan dan thriller? Rasa berdebar dan ingin tahu motif disebalik setiap kes di dalam drama bersiri The Bridge, kami yakin anda pasti tidak senang duduk dan geram sewaktu menonton drama berkonsepkan detektif ini.

Apa yang lagi menarik ialah drama ini menggabungkan barisan pelakon mantap dari Malaysia dan Singapura. Selain itu, anda juga boleh menyaksikan kerjasama yang padu dari dua negara ini dalam menyelesaikan semua kes jenayah. Macam best je!

10 episod drama menarik

Drama bersiri The Bridge arahan TJ Lee mengisahkan penyiasatan terhadap kematian dua orang mayat perempuan dijumpai di sebatang jambatan perantaraan dua negara iaitu sempadan Malaysia dan Singapura. Dua orang watak detektif Megat (Malaysia) lakonan Bront Palarae dan Serena (Singapura) lakonan Rebecca Lim ditugaskan untuk mencari pembunuh tersebut.

Malah, di dalam drama bersiri 10 episod ini juga mengetengahkan beberapa isu dan kes jenayah termasuk pembunuhan wanita dan kanak-kanak, pinjaman wang haram dan pemerdagangan manusia. Untuk pengetahuan anda, pembikinan drama bersiri ini telah menelan perbelanjaan mencecah 1 juta million US.

Menyelesaikan setiap konspirasi

Penyiasat kes jenayah yang dijalankan Megat Jamil telah bekerjasama dengan Serena Teo untuk merungkai setiap jawapan yang dihadapi mereka. Pelbagai konspirasi yang tegang hingga menyebabkan mereka perlu sabar dalam menyelesaikan misi ini.

Megat Jamil merupakan seorang polis yang bertapak di Kuala Lumpur dan dia pernah menjadi undercover bagi membanteras banyak kes jenayah. Dia mula berpindah ke Johor Bahru selepas cuba memperbaiki hubungan dengan anaknya. Megat juga mempunyai kebolehan menyelesaikan setiap kes menggunakan naluri dan gerak hati. Dia juga mampu membuatkan suspek buka mulut menceritakan hal sebenar.

Manakala watak Serena Teo pula merupakan anak kepada seorang anggota polis. Dia dibesarkan dalam kehidupan yang penuh dengan peraturan dan undang-undang. Setelah ayahnya meninggal dunia, dia mendapat tawaran biasiswa menyertai pasukan polis sehingga mendapat pangkat inspektor. Serena juga mempunyai kebolehan dari segi ingatan dan mampu memperdaya suspek. Dia juga menyimpan rahsia yang besar dalam hidupnya mengenai kematian ayah kandung.

Barisan pelakon mantap

Lebih menarik lagi, drama bersiri The Bridge ini turut memaparkan aksi lakonan yang mantap. Drama ini dibintangi beberapa pelakon dari Singapura dan Malaysia. Antaranya ialah Bront Palarae, Rebecca Lim, Tony Eusoff, Cheryl Samad, Gavin Yap dan ramai lagi.

Kami yakin anda pasti akan mengikuti kisah drama ini disebabkan lakonan mantap barisan pelakon dan isu-isu yang diketengahkan pengarah!

Trailer The Bridge

Drama ini telah bersiaran sejak 26 November 2018 lalu. Persoalannya, mampukah Megat dan Serena berjaya merungkai semua persoalan disebalik kes jenayah ini? Jangan lupa untuk tonton di Viu.com dan NTV7 pada setiap hari Isnin dan Selasa bermula jam 10.00 malam. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×