berita

‘Kami Memerlukan Anda’ – Penyokong Valencia Serbu IG TMJ, Minta ‘Beli’ Pasukan Mereka

March 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Nama Tengku Mahkota Johor (TMJ) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bukan satu nama baharu dalam industri bola sepak negara.

Terbaru, menerusi entri Instagram Story yang dimuat naik oleh beliau, netizen mendakwa pemilik kelab bola sepak Johor itu bakal membeli kelab Valencia?

Teka teki timbul

Wang tidak memotivasikan saya. Kejayaan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya. Ia bukan satu rahsia bahawa saya menyukai bola sepak. Saya bukan baru dalam bola sepak. Saya membentuk sebuah kelab (JDTFC) daripada berdepan penyingkiran setiap tahun hingga menjadi pasukan yang mendominasi kejuaraan.

Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan tahun. Kami pasukan terbesar di Asia Tenggara dan antara yang terbesar di Asia. Saya ingin mengembangkan empayar saya, melebarkan sayap saya dan mendapat cabaran baharu.

Teka teki itu timbul susulan beberapa perkongsian Tunku Ismail mengenai kelab Sepanyol tersebut. Jelas TMJ, beliau ingin mengembangkan empayar yang sudah ada dan menginginkan cabaran yang baharu.

Selain itu, menerusi perkongsian terbaru di IG, TMJ seakan sedang memberikan ‘hint’ tentang sesuatu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini. Jelas TMJ, impian sejak dari kecil kini sudah tercapai.

Terkejut, kagum, gembira, nyata dan sangat bersyukur. Sebilangan besar impian dan keinginan saya sejak kecil telah menjadi kenyataan. Saya benar-benar rasa diberkati. Terima kasih kerana memberkati saya lebih dari apa yang saya layak.

Terbaru, penyokong kelab itu mula membanjiri ruangan komen IG meminta TMJ mengambil alih kelab Valencia yang kini bergelut dengan prestasi kurang memberangsangkan.

Datanglah ke Valencia. Kami memerlukan anda di Valencia.

Sumber: TMJ

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×