berita

‘Penyondol Akan Sentiasa Penyondol, Mari Kita Tengok Kehidupan Penyondol Tu Lepas Ni’ – Shuhada

March 2nd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi mula diperkatakan ramai apabila isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan pelakon itu ada hubungan dengan wanita lain.

Artikel Berkaitan: ‘Jodoh Kami Sampai Di Sini, Doakan Saya & Anak-Anak Reda..’ – Isteri Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: Bekas Isteri Doa Nafkah Anak Tak Putus, Respons Hafidz Roshdi Pula Curi Perhatian Netizen

Tidak lama selepas itu, keluar pula berita memaklumkan bahawa Hafidz telah pun menceraikan Shuhada dengan talak satu bersaksikan keluarga mereka.

‘Penyondol always penyondol’

Shuhada kemudian telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin, 27 Februari 2023. Keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua keluarga.

Terbaharu, Shuhada ada membuat luahan di IG Story miliknya berhubung orang ketiga yang mengganggu rumah tangganya sebelum ini.

Dengar sini! Ya, penyondol always penyondol. Maaf dekat Humairah dan Umar? No, penyondol akan sentiasa penyondol. Kali ni, i sendiri akan cakap, bukan dari orang lain since i dah bercerai. Mari kita lihat kehidupan penyondol itu selepas ini!

Terdahulu, wanita yang dikaitkan dengan Hafidz iaitu Athira Yuhada mendedahkan pernah berhubungan dengan pelakon terbabit namun berjanji untuk tidak meneruskan hubungan mereka selain memohon maaf kepada Shuhada dan anak-anaknya. Namun, Shuhada memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Sebagai rekod, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber: Nurul Shuhada

SKIP THIS AD ×