berita

‘Penyondol’ Punca Kes Cerai Meningkat Di Kedah

March 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Mengikut statistik di negeri Kedah, terdapat peningkatan 23 peratus jumlah kes perceraian dalam kalangan pasangan beragama Islam yang berpunca daripada kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Eina Azman Menangis, Tak Dihargai? Netizen Harap Bukan Sebab ‘Penyondol’ – ‘Tengok Dia Terpaling Bahagia Tapi..’

Artikel Berkaitan: ‘Sesuai Dengan Awak Dik’ – Main Filter TikTok, Ayda Jebat Terhibur Fyna Jebat Dapat Watak Penyondol

Peningkatan Kes

Gambar sekadar hiasan

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Halimaton Saadiah Saad menjelaskan bahawa sebanyak 3,245 kes perceraian yang direkodkan pada tahun 2022 berbanding 2,586 kes pada 2021.

Antara punca berlakunya perceraian di negeri ini adalah kerana faktor kewangan, tiada tanggungjawab, tidak kuat pegangan agama, kurang ilmu dalam berperanan sebagai suami dan isteri serta kehadiran orang ketiga.

Dalam pada itu, beliau juga berkata banyak program-program yang telah dijalankan bagi membantu pasangan dalam menghadapi masalah rumah tangga mereka. Program-program tersebut memberikan pendedahan tentang ilmu perkahwinan, tanggungjawab pasangan dan keagamaan.

Kita wujudkan Program Raikan Cinta khusus kepada pasangan yang sedang menghadapi krisis rumah tangga dengan matlamat untuk mengeratkan semula tautan kasih sayang.

Selain itu, program advokasi untuk meningkatkan pengetahuan kaum wanita terhadap hak pembelaan undang-undang juga dilaksanakan. Pada masa yang sama bagi mereka yang terkesan dengan perceraian, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) melalui bahagian Undang-Undang Keluarga Islam ada menyediakan khidmat nasihat, sesi kaunseling dan motivasi.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×