Sekitar beberapa minggu yang lalu, tularnya beberapa foto dan video memaparkan seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Miza yang dikatakan begitu mirip sekali dengan Allahyarham Siti Sarah.
Peluang itu tidak dilepaskan bapa arwah Sarah, Raissuddin yang sanggup untuk memandu selama tujuh jam lamanya semata-mata untuk bertemu dengan kanak-kanak berkenaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perjalanan 7 Jam Berbaloi… Raisuddin Nampak Muka & Tangan Adik Miza Sama Dengan Arwah Siti Sarah
Gayakan tudung keluaran arwah Sarah
View this post on Instagram
Terbaharu, menerusi satu hantaran dikongsikan laman Instagram (IG) milik arwah Sarah, adik Miza dilihat memperagakan tudung keluaran arwah Sarah iaitu Loveta.
Adik Miza yang memakai baju serta tudung berona biru gelap itu kelihatan begitu ayu dan manis sekali.
‘Memang sebiji’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya mengakui raut wajah adik Miza begitu mirip sekali dengan arwah Sarah.
Mereka juga berpendapat bahawa terdapat hikmah di sebalik kata-kata yang mengatakan adanya tujuh orang yang mempunyai wajah yang hampir sama di muka bumi.
‘Rindunya dia’
Tidak ketinggalan suami kepada arwah Sarah, Shuib Sepahtu juga dilihat meninggalkan komennya dengan menyatakan kerinduannya terhadap arwah isterinya itu.
Sumber: Instagram