Penceramah bebas, PU Syed tampil memberi teguran secara terbuka kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin berikutan menampilkan wajah arwah suaminya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) di ‘Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey’, semalam.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Layak Digelar Penyanyi, Bukan Pendakwah’ – PU Syed
Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Dolla Lagi, Pakai Baju Mencolok Mata – ‘Dua Daripada Empat Ahli Kumpulan Ini Adalah Muslim’
Tidak dibenarkan oleh syarak
Menurut PU Syed, dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut menerusi seorang hamba Allah. Tambah PU Syed, perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik tidak dibenarkan.
Saya dapat satu video pendek daripada seorang hamba Allah minta saya respons tentang penyanyi Nora. Dia buat duet bersama dengan arwah suaminya ketika konsert. Perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik maka tidak dibenarkan.
Kepada Puan Nora harap tidak melakukan perkara seperti itu sebab tidak dibenarkan oleh syarak. Menghidupkan gambar dengan tujuan berduet untuk menyanyi dan boleh mendatangkan keaiban kepada beliau dan arwah.
Kemudian Puan Nora merupakan isteri kepada orang lain. Kena jaga hati suami supaya tidak menyakiti hatinya.
Ujar PU Syed lagi, dia berharap pelantun suara ‘Samudera’ itu dapat merujuk portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Video
View this post on Instagram
Sumber: PU Syed