Seorang wanita mengandung di Peshawar, Pakistan sanggup membiarkan kepalanya dipaku seorang bomoh sebagai jaminan bahawa wanita tersebut akan melahirkan bayi lelaki seperti yang dia inginkan.
Suami ugut nak tinggal
Gambar sekadar hiasan
Menurut laporan BBC, wanita tersebut yang kini sedang mengandungkan anak perempuan keempat hadir ke hospital dan memberitahu kakitangan hospital bahawa dia sendiri yang memaku kepalanya atas nasihat seorang bomoh. Tidak lama selepas itu, mangsa mengaku bomoh tersebut yang melakukannya.
Wanita yang sedang hamil tiga bulan itu merelakan diri diperlakukan sedemikian kerana gusar akan ugutan suami bahawa dia akan ditinggalkan sekiranya melahirkan seorang lagi bayi perempuan.
Dr. Haider Khan yang merawatnya berkata, ibu kepada tiga anak perempuan itu datang ke hospital selepas gagal mencabut sendiri paku berkenaan menggunakan playar. Jelasnya, imbasan X-ray menunjukkan paku lima sentimeter itu menembusi bahagian atas dahi wanita tersebut, namun tidak kena pada bahagian otak.
Kami dapati tukul atau objek berat digunakan bagi memasukkan paku ke dalam kepalanya. Dia sedar sepenuhnya ketika dipaku tetapi berada dalam kesakitan yang teruk.
Menurut laporan, ramai bomoh mengambil kesempatan terhadap penduduk di Pakistan dengan mendakwa praktis mereka berteraskan fahaman Sufi, walaupun terang sekali aktiviti tersebut dilarang dalam Islam. Di negara miskin Asia Selatan seperti Pakistan, anak lelaki dianggap sebagai jaminan keselamatan dan kewangan keluarga, berbanding perempuan.
Sumber: BBC