Gara-gara terlalu mengasihi bapanya yang juga merupakan Ketua DPRD Kota Samarinda, lelaki ini sanggup melangsungkan pernikahan bersama pasangannya di hadapan jenazah bapa. Pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada April lalu ditunda akibat Covid-19 melanda dunia dan akhirnya disegerakan selepas mereka mengetahui kematian wakil rakyat tersebut.
Saya yakin roh masih disekitar
Pasangan mempelai, Romadhony Putra Pratama dan isterinya mahu perkahwinan itu disaksikan arwah walaupun hanya sekujur mayat. Mangsa meninggal dunia selepas rebah ketika bersukan dipercayai diserang angin ahmar.
Lima jam selepas bapanya disahkan meninggal dunia, anak sulung arwah Romadhony memutuskan melangsungkan akad nikah di depan jenazah itu sebelum dikebumikan.
Saya diberitahu bapa sudah meninggal dunia ketika di hospital dan memutuskan supaya akad nikah kami dilangsungkan di depan jenazah papa.
Walaupun hanya jasad. Tapi saya yakin roh Papa masih ada di sekitar saya dan menyaksikan saya meminang isteri sekarang ini.
Penghormatan terakhir buat bapa
Keputusan itu diambil sebagai penghormatan pada bapanya yang pastinya mahu menyaksikan detik indah mereka disatukan sebagai suami isteri. Bapanya sudah menyampaikan mengenai rancangan pernikahan mereka tahun ini kepada rakan mereka.
Papa sudah beritahu (mengenai pernikahan mereka) jika ke mana-mana. Walaupun tiada persiapan dibuat, tetapi memang ada perbincangan dibuat keluarga mengenai pernikahan kami.
Sementara itu, khabar duka tersebut turut memberi kesan mendalam terhadap ramai rakyat Indonesia memandangkan arwah seorang pemimpin yang baik. Selain berkhidmat sebagai Ketua DPRD Samarinda, dia juga berkhidmat sebagai Ketua PDIP Samarinda. Siswadi meninggal pada hari Jumaat lepas 7 Julai 2020 pada jam 11.50 waktu Indonesia Barat.
Tokoh Siswadi dikenali sebagai seorang yang tabah dan tidak membeza-bezakan urusan jawatan. Siswadi merupakan anggota dewan Parti Demokratik Perjuangan Fraksi Perjuangan (PDIP). Dia dilahirkan di Grobogan pada 4 Februari 1969. Dia sempat menjadi DPRD Kota Samarinda selama setahun selepas memenangi Pilihan Raya Legislatif 2019.
Sumber : News.detik, Kaltim