Mengambil masa kira-kira 3 jam dari bandar Bangkok, Hua Hin merupakan salah satu lokasi pelancongan baru di Thailand. Bandar kecil ini menawarkan pemandangan semulajadi yang sangat berbaloi untuk dikunjungi.
Bagi korang yang bercadang mahu ke sana, apa kata baca perkongsian menarik daripada Hani Shamsuddin ini. Bagi percutian 4 hari 3 malam, dia hanya membelanjakan RM2410 untuk empat beranak.
Trip 4 hari 3 malam
TRIP TO HUA HIN – 4 HARI 3 MALAM
Tak bajet sangat, tak mewah sangat
FLIGHT TICKET
Adult : RM 158/pax (return)
Infant : RM 100/pax (return)
Kalau nak cut cost lagi try backpack je, yang lepas hand carry dengan exclude makan sebab flight dalam 2 jam je. So untuk packing barang try travel as minimalist as you can.
HOTEL
• B2 Premier Hotel
(bilik besar gila katil king 2 bijik)
RM 307 untuk 2 malam
• Resort De Paskani
(Rare, lain dari yang lain, mcm dkt Santorini)
RM 397 untuk 1 malam
Hotel ni sebenarnya boleh adjust sendiri ikut kocek memasing nak jimat atau nak bermewah. So nak cut ke nak tambah kos dekat sini main peranan.
Duit kocek & pengangkutan
DUIT KOCEK
RM1000 untuk aku 4 beranak sepanjang 4 hari 3 malam termasuk makan, shopping, entrance fee dan transport.
TRANSPORTATION
• Grab atau airport taxi :
Check dulu rate harga guna Grab berapa pastu nego dengan airport taxi. Pastikan harga tak lari dengan harga Grab. Kalau tak mahal dia cas. Btw, Grab tak boleh masuk sampai entrance airport. Kena menapak keluar dari airport. Ni leceh sikitlah. Masa tu kita orang naik taxi tapi request harga Grab.
• Kereta sewa :
Memandangkan kita orang ni kuat merayap dan rasa banyak habis duit dekat grab dengan tuk-tuk, malam tu baru dapat ilham kena sewa kereta. Ni kira agak murah TBH 2200 / RM 295 untuk 3 hari. Toyota Vios.
• Petrol :
Isi minyak dalam TBH 700 / RM 95 dan ODO meter menunjukkan total perjalanan lebih kurang 400km.
Antara tempat dikunjungi
Santorini Park
TEMPAT MERAYAP
• Santorini Park
TBH 150/pax : RM 20/pax
Jangan pakai baju biru baju putih. Dah tu je tips dia. Pastu posing lah dengan yakin. Memang terbaik gambar kau lagi-lagi dapat travel partner tangan berseni.
Swiss Sheep Farm
120/pax : RM16/pax
Dekat situ ada kawasan zombie, kambing, kuda, arnab macam mini zoo boleh bagi makan. Boleh main buai. Tips dia jangan baring guling dekat rumput nanti kena samak. Ada cik babsss.
• Bueng Bua Wood Boardwalk
TBH 200/pax : RM 27/pax
Sejam dari bandar Hua Hin. View Subhanallah perfect! Berlatar belakangkan gunung dengan 300 puncak, siap ada lalang tinggi lampai dengan teratai penuh dalam tasik. Nature lover sesuai datang sini.
Memory House Cafe
Free je. Rasa macam dekat Korea. Dengan lalang dia, view tasik dia, deko dia. Mana yang suka berposing, ni tempat wajib singgah.
• Eureka Cafe.
Ni pun free. Menghadap pantai. Angin sepoi-sepoi manja. Ada khemah dah siap deko memang jadi port bergambar. Dekat situ kita orang minum air je.
Total RM2410 untuk 4 beranak
TEMPAT MAKAN
Makanan halal tu ada tapi kena cari. Bukan macam Malaysia boleh main beli je. Pastikan nampak tulisan ‘halal’ sebelum membeli. Ni antara kedai yang kita orang singgah :
1. Depan Huan Hin Railway Station
2. Restoran Abang Mana
3. Kebab Night Market
4. Restoran Mooz, Road 51
5. RnR Southbound Phet Kasem Road otw ke Khao Sam Roi Yot National Park
7. Tamarind Night Market
Total hangus RM2410 untuk aku empat beranak. Member bujang sorang tu habis RM800
Gambar last sekali tu pun menyempat nak posing. Sewa Sumo Sauna RM13 je sehari available seluruh Malaysia.
https://www.instagram.com/hanishamsss/
https://www.instagram.com/zarol_afza/
https://www.instagram.com/mewithpictures/
Sumber : Hani Shamsuddin